Written by Bella | August 24th, 2016

Tentu ada masih ingat dengan isu dimana Yuna telah meluahkan rasa kecewanya dan mengkritik video parodi lagunya Crush Ft Usher  yang dilakonkan oleh Syuk dan Jihan Muse untuk sebuah program hiburan tempatan.

Yuna berkata, ia sesuatu perkara yang memalukan dan bersikap perkauman apabila wajah Syuk didalam video berkenaan dihitamkan dan perkara itu boleh menjejaskan karier nyanyiannya di Amerika Syarikat.

Berikut kenyataan Yuna itu, ada sesetengah netizen menyifatkan Yuna seorang selebriti yang mudah terasa dan tidak boleh diusik langsung hanya kerana beliau sudah bertaraf antarabangsa sekarang.

Walaubagaimanapun, Yuna menerusi portal BH ONLINE menafikan tuduhan berkenaan dan menjelaskan sebab utama beliau tersinggung dengan parodi tersebut.

Saya bukanlah seorang yang “untouchable” kerana sebelum ini pun mereka pernah menyiarkan video parodi saya. Bagaimanapun saya tidak pernah marah, selain menganggapnya sebagai sesuatu yang melucukan.  Tetapi, apabila mereka memaparkan babak pelakon komedi Syuk Joras (SJM) yang digelapkan wajahnya seolah-olah Usher, itu saya tak boleh terima.

Bayangkan saya di sana seorang diri. Bagaimana kalau perkara ini diperbesarkan, pasti saya yang akan menanggung akibatnya. Saya berusaha keras untuk berada pada kedudukan sekarang dan kalau boleh saya tidak mahu perkara seperti ini memusnahkan segala impian saya.

Yuna berharap agar orang ramai boleh memahami keadaan beliau sebagai penyanyi yang berusaha untuk mencari rezeki di negara orang dan beliau harus menjaga hati rakan-rakan serta peminat beliau di sana.

Apabila berada di luar negara, saya ada ramai kawan dan peminat berlainan bangsa. Jadi, saya kena jaga hati banyak pihak. Berat tanggungjawab yang perlu dipikul kerana saya membawa nama negara. Saya bukan saja Yuna dari Malaysia, tetapi juga Amerika dan juga seorang Muslim.

Hmmph, mungkin apa yang dikatakan oleh Yuna itu ada betulnya tetapi ada sesetengah pihak yang bengang dengan kenyataan Yuna apabila beliau marah akan parodi berkenaan apabila menyifatkan rakyat Malaysia terlalu obses dengan parodi bodoh. Kadang-kadang marah macam mana pun kita, cuba untuk tegur dengan cara yang lebih elok agar perkara tidak berpanjangan.

Sumber Berita : BH ONLINE

62 responses to Yuna Nafi Dirinya Tidak Boleh Diusik Langsung

  1. Anonymous says:

    ak mmg kurg setuju dgn parodi tu. Cuma nk buat kesimpulan cikit..complicatednya hidup yuna sekrg kena jaga hati byk pihak especially org2 luar negara. Adalah lg baik kalau jaga agama tu. Ni jaga hati org..mmg xdpt nk puaskan hati semua org dek non..

    0

    0
    • Anonymous says:

      setuju!.
      klu dia jaga agama dan hormat agama dlu..pasti yg laen hormat dia..
      bangsa laen pn xberanilah nk peluk2 yuna

      0

      0
    • lala says:

      lulzzzz, hubungan dengan tuhan x jaga pulak? sanggup nak jaga hati them ollsss sangat.

      0

      0
    • www says:

      MMG YUNA ni tak boleh dijentik. Apa2 sikit org komen, mesti dia bidas. Pasal pakaian dia sebelum ni pun dia siap kata balik kot. Pasal gambaq dia yg lambang bijik mata tu pun, dia marah bila org komen. aku suka lg dgn sorang retis tu. Bila org komen dia mengandung, dia cakap tak lah..buncit. Bila org komen dia seksi, dia akui silap dia. Tak macam YUNA, besar sgt kepala!!

      0

      0
  2. surah buat yuna says:

    sabar yuna..org melayu malaysia anggap hitam itu hodoh dan mereka gemar berjenaka tentang itu. saya harap yuna keluarkan produk pemutih kulit buatan amerika. pasti mampu kalahkan dato vida.. nescaya yuna tak hingin nak menyanyi lagi.

    0

    0
    • Big-O says:

      buat parody takde pun kata hitam tu hodoh. menambah2 pulak kau ni. chill lah kat amerika pun dorg selalu kot mengajuk sesama bangsa. org malaysia je jenis serious sgt. lol

      0

      0
  3. whosebadsinbad says:

    Betul jugak lah ini dah mcm racist…cuba klau matsalleh tu pakai tudung buat joke mesti org kita bengang…hati2 la nak bergurau dahla payah menjadi seorang muslim dinegara asing dgn fikiran negative ttg agama kita…korang ni pun

    0

    0
    • bodopiang says:

      kat luar negara tu bersepah vid diorang buat pakai pakaian yg melambangkang org islam .. cuba ko tgk dlm youtube…

      0

      0
    • Sojo says:

      Bukan dah macam racist tapi memang blackface tu racist. Kalu sape yg bese duk oversea rsnya da tau. Dulu penah ada satu rancangan (rs jepun or korea) buat muka blackface mcm tu, tros kna bash ngan ban rancangan tu. Org mesia maybe xtau atau xpenah diketengahkan sbb tu bila yuna ckp jgn cpt melenting, cuba blaja apa yg kita xtau. Ibarat org kutuk melayu la korang pon akan melenting gak kan. Respect others if you want ppl to respect yours.

      0

      0
    • Koli says:

      ejek kulit hitam kot. bangsa. bukan agama. tetibe lah kau ni

      0

      0
  4. yuna yuni says:

    Lerrrr…vid parody luar negara lagi teruk kot! rileks je artis dorg terima.
    bnyk lagi filem berbentuk parody kt US sane, selebriti dorg x kisah pn.
    hmmmmm….

    0

    0
    • Anonymous says:

      diorang bt parodi artis diorang..bangsa diorang..ada one time meletop jemput yuna pn ada parodi pasal yuna tp yuna blh ketawa..tp parodi ni menyentuh bangsa lain sbb tu yuna bersuara..

      0

      0
    • alahai says:

      salah kenyataan u ni dikk.. pi wat research dlu. Racism sgt berbahaya di US & UK esp

      0

      0
  5. anonymous says:

    ni la masalah bila industri seni ni penuh dgn pelawak,pelawak plk jenis yg melawak tanpa santun maka tercipta lah lawak tanpa class..shame on you astro!

    0

    0
  6. tah pape says:

    Wow…yuna dari america…

    0

    0
  7. esah says:

    saya suka dan admire bebenor Yuna sbg penyanyi yg berjaya….namun bile setiap kali ada isu bebangkit atau dicuit..sikap terlalu ‘protective’..mcm xsyok plk…masuk dlm bidang ni..benda tu lumrah…sesekali xpe le…ni dah selalu sgt…boring pun ada…

    0

    0
    • noname says:

      Same le. Aku pn suke tgk die berjaya. Tapi mmg x berkenan benor dgn pakaiannye tu. Dia dah ade name patut die cerminkan wajah Islam yg sebenarnye. Turbannye tu jgn ckp le da tentu2 nampak tengkuk. Ni ade aku tengok video aritu seluwornye senteng mcm pesen seluwor 3suku dulu2… apeheinye yong rupe itu? Ke takut kena kecam dkt sane ke mcm mne? Dlm hal ni aku respek dgn shila amzah. Dulu aku getik juge tgk die, tp tgk die makin matang. Mase datang meletop kebabom alif satar suruh pgang bahu die sbb main game n mate shila tutup tp shila kate mane bole… Lpas tu dlm CCTV Aril Pilus nk salam dgn die, shila tnduk hormat je… Apepon moge kita semua jadi lebih baik dari semalam… =)

      0

      0
    • esadesoh says:

      engko nak cakap protective ke defensive? koh koh koh

      0

      0
  8. LESONG says:

    yuna si penyanyi sendu di amirika. hahaha.
    lagaknye mcm artis paling pemes. sudah la…menyampah aku.

    0

    0
    • MSJ says:

      Dia berlagak macam manusia yg ada adab. Terasa pulak orang kita ni yg suka membenci dan mengganas,

      0

      0
  9. melati says:

    Aduiii Hidung serombong Kapal ni..!!!!

    0

    0
  10. pokemonGo says:

    korg tak penah duduk amerika mana tau sensitiviti kulit hitam kat sana. yuna skrg working with them, black peoples, parody ni dikira racist … oh melayu, jgn cepat menghukum jika tak penah tau @ tinggal d sana. itu skrg periuk nasi dia, offcozz dia geram, mcm mencurah pasir ke periuk nasi org

    0

    0
  11. lela says:

    aku suka artis mcm ni, bkn mcm artis yg gossip lagi bnyk dr kerja, sikit2 jantan, sikit2 betina, tunjuk kekayaan hasil memantat

    0

    0
  12. Shhh says:

    Aku tak nak komen lah pasal ni..Cuma apa aku nk ckp..pada aku Yuna masih belum cukup hebat dalam Malaysia..sebab dia masih tak mampu nak menyanyi lagu2 irama Malaysia dgn baik..ye mugkin org luar kagumi suara Yuna..sebab suara dn muzik Yuna sama je mcam dorg..sebagai anak seni yg dh berjaya ke luar Negara..molek juga kalo Yuna berjaya menawan dunia terutama lagi Hollywood dgn muzik tradisi kita..sebab irama Malaysia skrg ni mcm dh pupus….tgk bollywood sendiri..walaupun kebanyakan filem dorg skrg terikut2 filem barat tpi muzik mereka masih ada campur muzik tradisi mereka sendiri …Contohi AR Rahman..dia dikenali seluruh dunia kerana muzik dia masih da unsur2 tradisi..Cuma digubah sedikit melodi nya mengikut arus…so kalo yuna masukkan sedikit muzik tradisi kita dalam lagu dia..sekurang2 org luar tahu ni muzik dri Malaysia..dan pada masa yg sama..kita kembalikan semula ingatan rakyat Malaysia ttg muzik tradisi kita…..sama juga artis2 sekarang ni,..dorg masih belum cukup hebat..selagi dorg tk mampu nak nyanyi lagu2 irama Malaysia dengan baik..mereka hanyalah penyanyi biasa je…kalo setakat vocal blh tarik smpi tinggi blm tentu mampu naynyikan lagu irama malaysia..penyanyi seperti Allayarham Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma, Dato Rafeah Buang, Dato Ahmad Jais, Dato Sharifah Aini, Dato Sudirman mereka semua ni dah tiada tapi blh nyanyikan lagu irama Malaysia dgn baik..Tan Sri SM Salim, Dato Siti, Noraniza Idris, ni yg masih hidup..ni hanyalah pandangan aku je..sebab aku rindu nk tgk zapin, joget, inang dipersembahkan…dh lama tk tgk semua tu..muzik kita sekrg dh pupus..terlalu agungkan muzik luar…

    0

    0
    • pulak dah ? says:

      ayooooo tu zaman lama dah weh .. sekarang ni zaman modern bnyk genre bnyk type of lagu … bukan semua kena nyanyi mcm siti nurhaliza and tak ada paksaan pon nak dengar lagu macam mana . taste orang lain lain .

      hormati la orang dan bangsa lain… tu je message si yuna tu . yang hang nak putar belit kenapa .

      0

      0
  13. sentap says:

    makin buruk penampilan berpakaian ko yuna…dr dulu elok pkai shawl dah berturban nmpk leher sumer…

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Sebagai seorang artis yg menjaga nama negara, jagalah juga agama Islam yg dianuti.bygkan jika peminat luar negara salah paham dan mengtakan pakaian yuna adalah pakaian wanita Islam, tak tertanggung kita dgn dosa itu.apatah lagi iany bermula dgn diri kita.

    0

    0
  15. Ada otak pikir boleh tak says:

    Saya rase kalau orang amerika pulak yang parodi dan memainkan artis malaysia berhijab dan sebagainya, saya gerenti memang riuh satu malaysia. Tak nak pulak menerima alasan “hanya parodi” je. Itulah orang kite, kalau kite buat boleh tapi kalau orang lain buat pulak, pandai pulak rase marah. Ada jugak betulnye Yuna ni. Racism adalah satu perkara yang sangat sensitif. Bayangkan bagaimana nanti penerimaan orang luar kat Yuna dan persepsi masyarakat luar terhadap masyarakat kite.

    0

    0
    • bodopiang says:

      bersepah bai..
      tgk youtube la….

      0

      0
      • entah ape says:

        bro, kalau orang dah banyak buat, yang kite pegi ikut buat ape. orang racist kita balas dengan racism, sampai berape keturunan agaknye nak habis. kalau ye pun nak buat parodi, janganlah nak di encourage lagi racism ni. esok esok anak bangse kite habis racist sebab ape, sebab kat tv diorang tengok boleh je.

        0

        0
  16. kak mariamercedez says:

    hakak rasa niat nk bukak tudung tu ada da…tengok la sikit..sikit dia da tunjuk, bukak je la yuna, dok amereka kan, lemas pulak hakak tgk ko pya gaya skang

    0

    0
  17. ghadisk says:

    too defensive… sori xpnah mnt pon..

    0

    0
  18. dragon ball says:

    Dia ni poyo xhabis2…kalau sentuh bab fesyen tudung siput [email protected] ulat gonggok dia tu sentap habis…padahal orang tegur nak perbetulkan dia….yang x boleh blah dia siap cakap orang asyik kutuk dia ni la yang selalu nak bergambar dengan dia kalau jumpa kat luar….nak muntah dengar statement dia ni…berlagak sangat duk kat amerika….aku rasa berapa ketol je manusia kat sana yang kenal dia ni….balik Malaysia duk photoshoot dengan baju Hatta Dolmat yang fesyen entah apa2…sekian terima kasih.

    0

    0
    • Anonymous says:

      contoh melayu busuk hati gigih mengutuk retis dgn hasad dengki kalah rejim zionis .. kang org tegur kau suke mengutuk retis tau plak kau sentap kan , pandai pulak nk justify perbuatan negatif sndiri dgn berjuta alasan ..

      0

      0
  19. wany says:

    suka gak yuna tapi lately cam too ‘sensitif’ dan mcm tak boleh ditegur..huhu…chillax dan move on je..lagi peminat respek

    0

    0
  20. PatPatNyaNya says:

    Kenapa ramai orang suka nasihatkan dia supaya mempamerkan imej yang lebih Islamik padahal suara dia sendiri tu dah haram dalam Islam? Dahlah dia bukannya nyanyi nasyid. Nak suruh dia pakai purdah? Habih camno?

    0

    0
    • Anonymous says:

      Haritu dengar dlm tv al hijrah ustaz tu kata suara wanita tak haram. Kalau haram, takde pulak wanita yang jadi cikgu. Klau nyanyi boleh tapi lagu nasyid la. Ustaz tu la cakap, saya cuma copy je. Huu

      0

      0
      • PatPatNyaNya says:

        Memang khilaf pasai sora wanita tu. Ada yg kata haram… ada yang kata tak haram. maksud saya… apa pekdahnya tegur suruh tonjol imej Islamik sedangkan bidang yang Yuna pilih ni…. bukannya Islamik. Lainlah dia memang menyanyi lagu2 nasyid atau Islamik macam Maher Zain ka…. Yusuf Islam ka….

        Dibuatnya dia pakai purdah atau tudung labuh….. kemudian buat konsert dengan Usher….Apa yang kita nak buktikan?

        Kalau nak nasihat…. nasihat je mintak dia bersara…

        0

        0
    • Anonymous says:

      dorg nak kareer dia lingkup baru puas hati masing2 , kalau x tu berak x lawas , hati pedih je tgok dia sukses

      0

      0
  21. saya says:

    boringgggg

    0

    0
  22. rina says:

    yes ..yuna mmg tak boleh kena tegur…and cepat sentap..i know her.i’m her fans before..mak die semua pon i dah kenal..auntie anum..

    u choose to be in this industry, so u kena terima lah segala teguran..bukannya rasa u je nak betul..orang tegur sebab syaang kat you kak yuna..termasuklah saya ni peminat u ..kalau kt minat pun xsemestinya apa artis yg kt suka buat tu semuanya betul.

    sorry if komen ni menyakitkan hati u’olls.

    0

    0
  23. katak says:

    erk semua lagu yuna tlampau boring apatah lagu dia dgn usher…jgn nak blagak diva la…better suruh mizz nina yg bduet dgn usher lagi sedap

    0

    0
    • Anonymous says:

      kahkah xpayah nk mizz nina sgt la , duet dgn mat saleh dulu pun mcm slut seksi nak mampos tergedik2 .. xde class , skang da islamik bolela beriye puji dia padahal dulu kutuk smpi kering air liur jugak .

      0

      0
  24. Anonymous says:

    Yep, racism is a real deal in US. Ni bukan kes yuna tak boleh kena tegur ke apa, tapi parodi tu involved partner dia, usher. Yuna tak kisah kalau parodikan dia sorang je, ini letak someone as usher dgn menghitamkan muka dia. Benda tu racism kakak abang oi faham tak artis US sendiri pun boleh rosak karier kalau racist. Kes dia yg tak boleh kena tegur pasal aurat jgn samakan dgn isu parodi ni ok. Lagi satu kalau kata nak menjaga nama baik agama, yes kita kena usaha jaga hati orang especially non muslims kat sana jadi betul apa yuna buat. If we wanna earn respect so treat people with respect too

    0

    0
  25. antimelayuracist says:

    orang melayu mana nak paham racism , selambe je panggil india keling , panggil cina sepet makan babi , panggil org agama lain kapir laknat . taaaapi kalau usik sikit nama melayu siap la menggelupur mcm cacing kene simbah asid mngamok terpekik terlolong mencarut sana sini .

    1

    0
  26. laaa korang..parodi kt sana lagi teruk dari apa yg org mlysia buat. They didn’t mind at all..most of artis kt sana open, x macam artis malaysia cpt sentap..baru parodi yg sy rsa tak bertujuan pun untuk menghina. Itu bukan hinaan yuna, cya la..org yg involve dlm hiburan akan tau bezakan hinaan or not..jelek or not..gurauan or not..so, yuna most people know u much better, but tlg la..itu tak akan ganggu periuk nasi u..lain la klu parodi ada unsur rasis agama

    0

    0
    • Mohd Syafiq bin Jabaruddin says:

      Di negara Barat, racism amat dibantah.

      1

      0
      • Ayana moon says:

        That true Jinggo. Please read the history about rasisme in western country.what behind of rasisme over there? Sejak dulu sampai skrg until present. if rasisme kt sana dibantah keras² as u all said, then why all of issues come out never be solved

        0

        0
  27. mimimi says:

    Patut statement cmtu..nk kluar lagu baru dgn sonaone…hmm pentingkah lagi astro,fans malaysia bagai,..baik tumpu your respected fans in US..n create your carear there …solute to dato shake…..though years in US…still down to earth..

    0

    0
  28. peratidarijauh says:

    dah2 la yuna.. move on.. rezeki ko kt US adalah kurniaan Allah swt. kalau betul hak kau. maka jadi lah hak kau nak berjaya kt sana. Bukan kuasa usher or black lives matter nak tentukan kau berjaya ke tak kat sana. aku sedih, sebab apa, syuk dan jihan saudara seIslam kau, mungkin diorg salah dan naif bab isu syuk colur muka die jadi hitam nak jadi usher. bukan hitam sgt pun muka syuk. tapi dh sudah tu sudah la. Punca diorg buat pun, bukan sebab diorg nak hina usher or ko ke apa, tp jauh di sudut ati aku, is because diorg bangga dengan pencapaian ko. Lagu crush tu pun sedap, aku sendiri tiap2 hari mesti ulang dengar. So udah2 laa nak ungkit. kalau rasa x puas ati, saman jela jihan, syuk and astro. then abis citer. Sayang ko ada bakat, tp terjebak nak ikut pengaruh hollywood.. pls laa

    0

    0
  29. Iwondertoo says:

    Yuna

    Why do I feel like as if we Malaysian macam membebankan you, your statement is full frustration towards us, maybe kita… (Wait)Malaysian mcm kami, bila main2 pasal Datuk Samivellu, or bila miming suara Usain Bolt, or etc, we are simply just main2.. Like Robert Downey Jr. cat muka jadi Hitam utk watak dia…

    Bagi Saya, cat muka jadi hitam is just the same bila kita mime cara Org hitam bercakap, or cara a Texas bercakap or a Chinese bercakap. And when u say u want to represent us, why can’t u explain how harmonised are we here? Mana org hitam di sini ada bash parodi ini? Mana? I feel like u only see a lot of negativity towards us, yalah kami x berkerja keras like yourself to stand where u at now. Diurang multiracial, siapa Tak tahu? Malaysia pun penuh diversity

    Sa memang minat dengan Yuna. I thought u have found your identity, but I think u just want to deny us Malaysian, the more you digest the American, the more I feel that you’re denying kami

    0

    0
  30. keliawau says:

    kalo muka shuk kaler putih pun dipanggil racist…

    0

    0
  31. bosan says:

    Sebab ko keluar isu ni..orang pun nak tengok parodi syuk dan jihan tu. so sape yang jd kan isu ni besar?
    First of all..jangan cepat melatah. Kata artis international, kena usik camni pun dah tak tahan. Apa yang racist nya. dah mmg usher tu gelap. And bukan salah pun.. Melayu pun ramai gelap. Dalam teater pon, nk potray somebody tu as indian ke diorang gelapkan kulit jugak..because of the characterization not because of being racist. As long as tak gunakan N word, not consider as racist lah. Pelik sbb dah duduk bertahun2 di luar negara tapi still tak open minded. Ingat orang US senang sentap agaknya kena bahan cmtu. Aku tgk vid tu xde ape lah..I’ve seen worst. Sebenarnya ko sentap sebab jihan last tu x peluk kan..tapi tunduk je. It should’ve been you. Pastu divert cite ni pasal User. Nice play.

    Yuna, be yourself. Not what USA want u to be. If they love you, they will accept you. Dah macam Erykah Badu aku tgk ko ni. Dah takde identiti Yuna Dan Sebenarnya.

    Ingat Fans sini jgk yang naikkan ko dulu. Baru ade sambutan lagu2 ko. kalo x, xkemana jgk ko tu

    0

    1
  32. Oang Sinpapor says:

    Tontonlah “Saturday Night Live” on NBC in US atau SingTel’s comedy central channel to see how the American artistes poke fun on each other in short sketches every episode till hit the highest rating entertainment programme in New York. Tak adapun yang marah atau keluarkan statement racist in the media. And I’m still enjoying the programme till now as laughter is the best medicine for many including me.

    0

    0