Tentu ada masih ingat dengan isu dimana Yuna telah meluahkan rasa kecewanya dan mengkritik video parodi lagunya Crush Ft Usher yang dilakonkan oleh Syuk dan Jihan Muse untuk sebuah program hiburan tempatan.
Yuna berkata, ia sesuatu perkara yang memalukan dan bersikap perkauman apabila wajah Syuk didalam video berkenaan dihitamkan dan perkara itu boleh menjejaskan karier nyanyiannya di Amerika Syarikat.
Berikut kenyataan Yuna itu, ada sesetengah netizen menyifatkan Yuna seorang selebriti yang mudah terasa dan tidak boleh diusik langsung hanya kerana beliau sudah bertaraf antarabangsa sekarang.
Walaubagaimanapun, Yuna menerusi portal BH ONLINE menafikan tuduhan berkenaan dan menjelaskan sebab utama beliau tersinggung dengan parodi tersebut.
Saya bukanlah seorang yang “untouchable” kerana sebelum ini pun mereka pernah menyiarkan video parodi saya. Bagaimanapun saya tidak pernah marah, selain menganggapnya sebagai sesuatu yang melucukan. Tetapi, apabila mereka memaparkan babak pelakon komedi Syuk Joras (SJM) yang digelapkan wajahnya seolah-olah Usher, itu saya tak boleh terima.
Bayangkan saya di sana seorang diri. Bagaimana kalau perkara ini diperbesarkan, pasti saya yang akan menanggung akibatnya. Saya berusaha keras untuk berada pada kedudukan sekarang dan kalau boleh saya tidak mahu perkara seperti ini memusnahkan segala impian saya.
Yuna berharap agar orang ramai boleh memahami keadaan beliau sebagai penyanyi yang berusaha untuk mencari rezeki di negara orang dan beliau harus menjaga hati rakan-rakan serta peminat beliau di sana.
Apabila berada di luar negara, saya ada ramai kawan dan peminat berlainan bangsa. Jadi, saya kena jaga hati banyak pihak. Berat tanggungjawab yang perlu dipikul kerana saya membawa nama negara. Saya bukan saja Yuna dari Malaysia, tetapi juga Amerika dan juga seorang Muslim.
Hmmph, mungkin apa yang dikatakan oleh Yuna itu ada betulnya tetapi ada sesetengah pihak yang bengang dengan kenyataan Yuna apabila beliau marah akan parodi berkenaan apabila menyifatkan rakyat Malaysia terlalu obses dengan parodi bodoh. Kadang-kadang marah macam mana pun kita, cuba untuk tegur dengan cara yang lebih elok agar perkara tidak berpanjangan.