Tentu sekali peminat Yuna mahukan kepastian kerana sudah beberapa kali juga berita seperti ini tersebar. Namun, menurut Yuna khabar angin perkahwinan itu tidak benar dan beliau tidak mempunyai sebarang rencana untuk berkahwin dengan Adam. Yuna pada masa yang sama berharap spekulasi seperti ini tidak akan timbul lagi di masa hadapan.
Berhubung desas desus pertunangan dan perkahwinan yang tersebar, itu semua khabar angin semata-mata. Saya setakat ini tidak ada sebarang perancangan. Saya berharap, tiada lagi spekulasi seperti ini.
Terdahulu, Yuna mengakui sedang mengenali hati budi Adam dan beliau juga pernah memuat naik status di Instagram dengan kata-kata romantis ditujukan buat lelaki tersebut. Ramai mempercayai pasangan ini sedang hangat bercinta. Yuna juga pernah menafikan spekulasi yang mendakwa kedua-duanya sudah bertunang apabila memuat naik gambar berdua dengan memakai pakaian berwarna sedondon.