Yuna Mohon Maaf Kepada Adik Yang Menegur Cara Berpakaiannya

Hiburan

Yuna Mohon Maaf Kepada Adik Yang Menegur Cara Berpakaiannya

Respek. Tidak salah untuk kita meminta maaf walaupun kita berada di pihak yang benar. Siapa sangka kata-kata Yuna yang menegur seorang adik kerana menggunakan perkataan “kamu” ketika memberi nasihat tentang cara berpakaiannya telah menjadi viral. Abang Nara yakin Yuna jujur memberi teguran ikhlas dan bagi Abang Nara, ia satu teguran yang bagus kerana budak-budak sekarang ini memang kurang sikit adabnya.

yuna

Advertisement

Kalau anda terlupa, di bawah adalah teguran daripada si adik dan teguran kembali oleh Yuna.

yuna

yuna

Perkara ini telah menjadi viral sehinggakan akaun Instagram adik tersebut telah diserang oleh para peminat Yuna. Pelbagai kata-kata hentaman, kritikan dan teguran telah diberikan kepada si adik ini. Sedikit sebanyak sudah tentu memberikan stress. Enggan memanjangkan lagi cerita, Yuna telah menulis satu komen yang memohon maaf terhadap apa yang terjadi. Tulis Yuna:-

Salam adik, I’m so sorry this became viral. Just know that I care and kak Yuna tak berniat nak jadikan ni isu besar. I love you and I hope you’ll become a successful person. Good luck with everything sayang. Remember to be best person you can be and the best kind of person does not say anything bad about other people

Si adik tersebut turut sama membalas komen tersebut dengan menulis kata-kata yang cukup positif.

@yunamusic takpelah, benda dah jadi pun… Saya minta maaf sekali lagi

yuna

Diharap kita semua mengambil pengajaran daripada kontroversi ini, terutamanya jika anda seorang yang masih muda. Gunakanlah kata ganti diri yang betul. Tak salah memanggil seseorang yang lebih tua sebagai “abang” atau pun “kakak”. Tak payahlah guna “bro”, “awak”, “sis” dan sebagainya. Orang Melayu kan penuh adab? Tak gitu?

batikonline

P.S: Jubah batik yang direka khas dengan design yang menarik bermotifkan batik dan bunga, selesa dipakai dan keluaran terhad kepada sehelai sahaja untuk setiap gambar. Siapa cepat dia dapat!. Tampil unik dan elegan dengan mendapatkan Jubah Batik Soft Cotton Diamond. Tempah sekarang di Facebook The Online Batik, Instagram @theonlinebatik atau Whatsapp 019-361-8718

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...