Ada khabar angin sebelum ini memberitahu penyanyi Yuna sudah pun bertunang dengan Adam Sinclair yang merupakan adik beradik Ashraf dan Aishah Sinclair. Walaubagaimanapun, pihak Yuna menafikan berita tersebut.
Terbaru, Yuna seakan mengiyakan beliau mempunyai hubungan istimewa dengan Adam menerusi satu kapsyen panjang lebar yang dimuat naik olehnya di Instagram.
Dalam luahan Yuna, beliau mengucapkan terima kasih kepada Adam yang cukup setia bersamanya sepanjang lima tahun mereka berkenalan. Yuna juga mengakui Adam mempunyai keunikan sendiri dan beliau sebenarnya mahu mencari seorang lelaki yang tidak terlibat didalam bidang muzik.
Malah, Yuna juga tanpa berselindung berharap agar satu hari nanti akan tiba masa yang cukup bahagia untuk mereka berdua bersama.
Berikut luahan penuh Yuna :-
Ermm, nampak macam mereka berdua ini sungguh intim bersama? Siapa tahu berkemungkinan satu hari nanti memang ada jodoh antara Yuna dan Adam.