Yuna Inspired – Mengetahui Kehidupan Di Sebalik Insan Yang Bernama Yuna

Hiburan

Yuna Inspired – Mengetahui Kehidupan Di Sebalik Insan Yang Bernama Yuna

yuna inspired

Setelah begitu lama mengintai dari tirai kamar, akhirnya kelmarin Abang Nara bertentang mata juga dengan Yuna. Abang Nara kecewa kerana Yuna lebih tinggi dari Abang Nara. Apa ke pendek benar diri ini. Tapi hakikatnya mungkin Yuna pakai kasut tinggi itu yang Abang Nara nampak pendek semacam je.

Advertisement

Sila jangan buat gosip Abang Nara pergi mengorat Yuna. Sebenarnya Abang Nara pergi ke pelancaran Yuna Inspired. Apakah itu Yuna Inspired? Basically akan ada kamera krew yang bakal ikut Yuna 24 jam untuk mengetahui hidup Yuna. Menarik kan? Dan paling best nanti akan ada contest untuk cipta lagu bersama Yuna. Pemenang nanti akan dibawa ke sebuah konsert khas.

Oh ye Yuna dah pun mengakui yang Qi adalah lelaki yang paling istimewa dalam hidupnya. Kiranya Yuna dah mengaku yang Qi adalah pakwenya la. Satu pengakuan yang bagus. Tak perlu nak berdolak-dalik kalau dah betul-betul sayang. Peminat zaman sekarang tak kisah sangat bab-bab cinta nie. Yang penting lagu best. Tak gitu?

Yuna Inspired dibawakan oleh Digi, Canon, Malaysia Airlines dan Astro Hitz. Abang Nara walaupun tak kenal Yuna secara mendalam tetapi Abang Nara tetap bangga dengan kejayaan Yuna. Daripada Youtube kini Yuna sudah pun menjadi seorang penyanyi yang ada brandnya yang tersendiri. Tahniah Abang Nara ucapkan. You deserved it.

Ikuti Twitter Yuna dan Facebook Yuna atau lawat laman web Yuna Inspired untuk lebih info tentang program ini. Lagi gambar sekitar pelancaran Yuna Inspired yang diproducekan oleh Jojo Struys dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Eman.

yuna inspired

yuna inspired

yuna inspired

yuna inspired

yuna inspired

yuna inspired

yuna inspired

yuna inspired

yuna inspired

yuna inspired

yuna inspired

yuna inspired

yuna inspired

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...