November 19th, 2011

Yuna telah membawa pulang tiga anugerah semasa Anugerah Industri Muzik 12 November lepas. Meskipun begitu, ada suara-suara yang menyatakan Yuna tidak layak dan tidak diterima di Amerika Syarikat. Buat pengetahuan anda, Yuna sebenarnya sedang trending di sana malah lagu Yuna, ‘Decorate’ telah dipilih oleh ramai pemuzik untuk nyanyian semula. Anda boleh cari ‘Yuna Decorate Cover’ di YouTube untuk melihat sendiri.  Malah, ramai rakyat Amerika Syarikat yang memuji lagu “Come As You Are” nyanyian semula Yuna itu dan ada antara mereka yang mendakwa lagu nyanyian Yuna lebih baik dari versi asal.

Apa yang menginspirasikan Yuna untuk menyanyikan semula lagu Nirvana? Yuna telah memberitahu MTV Iggy:-

Ianya sesuatu yang saya buat untuk suka-suka. Saya berada di sebuah studio dengan ahli-ahli kumpulan muzik saya dan kami sedang berlatih lagu, gitaris saya memainkan satu baris dari lagu ‘Come As You Are’. Dan saya terus bertanya, “Hey, mengapa kita tidak buat rakaman semula”?

Kami semua ialah peminat Nirvana. Saya tahu lirik lagu tersebut dan kami semua sudah tahu lagu itu dan mahu memainkannya dalam cara yang berbeza. Kami terus rakam lagu yang kami mainkan. Reaksi kepada lagu tersebut bercampur-campur, tetapi saya menghargai hakikat yang orang ramai telah meluangkan masa untuk mendengar lagu tersebut. Ia ialah satu versi romantik, sisi lagu itu yang lebih lembut.

Ia sebenarnya pilihan yang tepat, kerana rakaman semula lagu ‘Come As You Are’ itu telah membuka pintu untuk Yuna dikenali dan diminati di sana. Dari situ juga peminat-peminat baru Yuna telah mendengar lagu-lagu Yuna yang lain seperti Decorate, Deeper Conversation dan Penakut.

Ketika ditanya, Yuna turut memberitahu yang dia sukakan lagu-lagu 90’an, dan sekiranya diberi peluang, dia ingin bekerjasama dengan karyawan muzik seperti Chris Martin dari Coldplay dan Damon Albarn. Lain-lain pemuzik kegemaran Yuna ialah Fiona Apple, Tori Amos, Portishead, Nirvana, The Cranberries dan The Cardigans. Ikuti rakaman temuramah Yuna dalam Rangkaian What’s Trending di YouTube:

Written by shahzeeq
 
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

48 responses to “Yuna Ingin Bekerjasama Dengan Chris Martin Dari Coldplay”

  1. dearlee says:

    no one could ever beat chris cobain.

Loading...