Yuna Dilabel Tidak Waras Setelah ‘Reject’ Untuk Bekerjasama Dengan Jenama Antarabangsa

Hiburan

Yuna Dilabel Tidak Waras Setelah ‘Reject’ Untuk Bekerjasama Dengan Jenama Antarabangsa

Penyanyi yang menempa nama di persada antarabangsa, Yuna berkongsi pengalamannya apabila dia menyatakan solidariti buat penduduk Palestin yang dibantai rejim zionis pada ketika ini.

Kongsi Yuna, dia pernah dilabel gila dan tidak waras gara-gara tindakannya untuk tidak lagi mahu bekerjasama dengan satu jenama antarabangsa pada November 2023 yang lalu.

Advertisement

Hanya mahu mengatakan bahawa apabila saya memberitahu rakan-rakan di Los Angeles, Kuala Lumpur, saya membuat keputusan untuk berhenti bekerja dengan jenama Z pada November 2023.

Rakan-rakan kata saya gila, ‘ia tak bagus untuk awak’, ada di antara mereka malah menukar topik.

Malah, Yuna turut diancam beberapa individu lelaki yang menggangunya dengan mengambil foto dia memakai rantai berbentuk tembikai.

Sebagai manusia, saya tahu saya tak sempurna, kami tak sempurna. Anda tidak fikirkan di sana ada orang yang kehilangan pekerjaan, kehilangan biasiswa, shadowbanned, dan diganggu kerana menentang jen 0 cyde?

Beberapa lelaki mengambil foto saya memakai rantai 🍉 untuk menakutkan saya. Tetapi anda tak tahu apa yang kanak-kanak di G4za tidak hidup setiap hari.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap dan pendirian penyanyi itu yang tetap teguh menyokong Palestin meskipun menerima ancaman daripada sesetengah individu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rita Rudainie
7 months ago

"Sis Dah Lalui, No Vaccine No Job For You" - Rita Rudaini Titip Pesanan Buat Rakan Artis Yang Takut Hilang Rezeki

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...