Susulan entri “Peminat Ingin Tahu Status Hubungan Yuna Dan Qi“, Media Hiburan telah pun bertanya kepada Qi tentang situasi percintaan mereka berdua. Peminat-peminat Yuna dan Qi boleh menarik nafas lega apabila Qi memberitahu yang mereka masih lagi bercinta.
Qi yang ditemui ketika majlis ulang tahun ke-12 Red Communication di White Box, Publika telah berkata:-
Hubungan kami masih sama seperti dulu cuma saya mengakui kini kami jarang berhubung memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya. Dia tengah mencipta nama di Amerika sementara saya pula sedang sibuk dalam proses mengarahkan sebuah drama yang berbentuk komedi tidak lama lagi. Namun, pada bulan ini kami berdua sempat berjumpa dan meluangkan masa bersama. Jika tidak, empat atau lima bulan sekali baru boleh berjumpa.
Itulah cabaran percintaan jarak jauh. Paling penting ialah kepercayaan kepada pasangan masing-masing. Abang Nara doakan agar hubungan mereka akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Buat peminat Yuna dan Qi, silalah gembira kerana anda masih boleh melihat ke”sweet”an pasangan ini.
drdre
September 13, 2012 at 2:38 am
sesungguhnya ramai yg menarik nafas lega sekiranya mereka putus cinta. qi ni jantan x guna. playboy, kaki tonggang, mat pet, romen itu perkara biasa. ntah apa yg yuna kemaruk sgt dgn qi ni. pasal rupa? baiklah. terdiam sebentar aku. taste dia x seindah mana.
noraabas
September 12, 2012 at 10:50 pm
semua ciptaan allah cantik n sempurna..belajarlah menghormati perasaan org lain…..
Bangsa melayu.
September 12, 2012 at 7:13 pm
Jangan hina bangsa melayu. Hina perangai mereka…. Tak semua bangsa Melayu begitu.
orang MELAYU
September 17, 2012 at 12:00 pm
hidop MELAYU!!