Yuna Bengang Ada Netizen Tuduh Beliau Sembah Syaitan

Hiburan

Yuna Bengang Ada Netizen Tuduh Beliau Sembah Syaitan

Yuna antara artis yang mempunyai prestasi cukup membanggakan apabila berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat lebih-lebih selepas bergandingan dengan penyanyi terkenal Usher menerusi lagi Crush. Tidak dinafikan, lagu berkenaan semakin hangat di carta Billboard Top 20. Malah, Yuna baru-baru ini dapat menjalani sesi fotografi bersama Billboard.

Advertisement

Namun, tindakan beliau yang memuat naik foto bagi Billboard itu mendapat cemuhan dan kritikan apabila ada yang menuduh beliau membuat gaya Iluminati.

Lebih teruk lagi, ada sesetengah netizen menuduh Yuna menyembah syaitan dan mengamalkan ajaran sesat selepas melihat foto berkenaan.

Bengang dengan tuduhan tidak berasas itu dan komen negatif yang dilemparkan kepada dirinya, Yuna menerusi akaun Twitternya tampil untuk mempertahankan diri dan sekaligus menafikan segala dakwaan yang menjadi viral.

Berikut antara kenyataan Yuna di Twitter :-

Haish korang ni, semua benda hendak dikaitkan dengan Iluminati. Janganla terlalu taksub sampai boleh meng “haram”kan orang lain pula. Tak apa lah Yuna, bersabar sahaja. Mungkin ini dugaan untuk orang yang sudah berjaya seperti anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...