David Foster merupakan seorang penerbit album dan komposer lagu yang hebat di dunia. Lagu-lagu ciptaannya memang berhantu dan menjadi siulan jutaan manusia. Jadi apabila David Foster mengeluarkan pendapat, ia adalah pendapat yang bernas dan perlu diambil serius. Mengakui Yuna seorang penyanyi yang unik, David Foster memaklumkan yang penyanyi itu belum lagi mencapai taraf antarabangsa.
Seperti yang kita tahu Yuna sejak beberapa tahun kebelakangan ini memfokuskan kerjayanya di Amerika Syarikat. Kata David Foster:-
Kami pernah bekerjasama secara rapat dan saya akui dia penyanyi muda yang berpotensi besar di Asia. Namun usaha Yuna masih tidak mencukupi untuk menjadikannya artis bertaraf antarabangsa.
Dia penyanyi yang unik dan juga pemuzik serta pencipta lagu berbakat. Saya percaya apabila dia mempertingkatkan bakatnya nanti, dia bukan saja dapat mengharumkan nama negara tetapi juga Asia di persada dunia.
Membaca kata-kata David Foster, Yuna seharusnya lebih bersemangat untuk memenuhi potensi di dalam dirinya. Anggap ia sebagai satu cabaran. Asalkan Yuna mengasah bakatnya dengan lebih tajam, kejayaaa pasti akan menjadi miliknya. Tak sabar rasanya hendak melihat anak Malaysia menjadi terkenal di pentas antarabangsa. Sama-sama kita nantikan. Good luck and all the best buat Yuna. Sumber Harian Metro.