Yuna Bakal Nyanyikan Lagu “A Whole New World” Untuk Album We Love Disney

Hiburan

Yuna Bakal Nyanyikan Lagu “A Whole New World” Untuk Album We Love Disney

Satu demi satu kejayaan dikecapi oleh Yunalis Zarai di Amerika Syarikat. Selepas dikatakan bakal berduet dengan penyanyi antarabangsa Usher, terbaru nama Yuna termasuk di dalam senarai penyanyi untuk album We Love Disney yang bakal dilancarkan pada 30 Oktober ini. Yuna bakal menyanyikan lagu “A Whole New World” (lagu tema untuk filem Aladdin) yang turut pernah dinyanyikan oleh Peabo Bryson dan Celine Dion.

yuna a whole new world

Advertisement

Selain Yuna, nama-nama besar seperti NE-YO, Jessie J, Jason Derulo, Gwen Stefani dan Ariana Grande akan turut sama terlibat di dalam album yang diterbitkan oleh David Foster ini. Antara lagu-lagu lain yang turut sama dimuatkan ialah “Can You Feel The Love Tonight”, “Let It Go” dan “Friend Like Me”. Lagu nyanyian Yuna akan dimuatkan sebagai lagu bonus untuk pembeli Deluxe CD, Vinyl, dan Picture Disc.

yuna a whole new world

Tahniah Yuna atas perkembangan dan pencapaian ini. Segala penat lelah Yuna kini mula menunjukkan hasilnya. Semoga selepas ini akan ada lebih tawaran buat Yuna. Semoga Yuna akan dapat mencapai impian dan cita-citanya di Amerika Syarikan. Good luck and all the best. Terima kasih kepada pemberi komen atas informasi ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...