Seorang YouTuber telah ditahan bersama-sama tiga orang rakannya di Bayan Lepas, Pulau Pinang kerana disyaki menyebabkan kematian teman wanitanya dalam kejadian di sebuah rumah bertempat di Teluk Kumbar, Pulau Pinang, Sabtu lalu.
YouTuber tersebut dengan rakan-rakannya telah ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Daerah Barat Daya sejak Isnin lalu, lapor Astro Awani.
Difahamkan, penahanan tersebut dilakukan setelah pihak polis menerima laporan daripada seorang doktor bertugas di Hospital Balik Pulau setelah dia merawat pesakitnya yang kritikal sejak 2 April yang lalu.
Perkara tersebut turut disahkan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal di mana dia memaklumkan bahawa wanita berusia 20 tahun itu mempunyai kesan lebam lama dan baharu di seluruh tubuh.
Mangsa dipercayai dipukul dengan menggunakan kekerasan atau objek tumpul. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian berlaku.
Manakala di media sosial, netizen rancak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang siapakan YouTuber tersebut dan ada yang mendakwa individu itu mempunyai lebih kurang 107,000 pengikut di media sosial.
Kalau nak tengok video tu, YouTuber tersebut guna nama 'Joker' dan member Henry Gurney dia tu nama Jamal (BF kepada gadis yang meninggal). Dalam video tu, dorang berdua cerita pengalaaman dekat Henry Gurney https://t.co/ogAK4wEN0h
— Dear Leader ?? (@santeira) April 5, 2022
Dalam pada itu, ke-empat suspek akan direman sehingga 11 April bagi membantu siasatan kes dan akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di atas kesalahan membunuh.