YouTuber Sensasi, Uncle Roger Bakal Buka Restoran Di Pavilion KL September Ini

Gaya Hidup

YouTuber Sensasi, Uncle Roger Bakal Buka Restoran Di Pavilion KL September Ini

Pelawak antarabangsa dari Malaysia, Nigel Ng atau lebih dikenali sebagai Uncle Roger dilaporkan bakal membuka restoran miliknya di Kuala Lumpur, September ini.

Difahamkan, restoran pelawak itu berlokasi di Pavilion Kuala Lumpur.

Advertisement

Malah, tulisan yang boleh dibaca dengan gaya ‘trademark’ Uncle Roger juga telah dinaikkan di restoran yang masih dalam pengubahsuaian itu.

Haiyaa…good things take time. wait long-long.

Restoran tersebut turut mencari pekerja untuk diisi kekosongan dalam jawatan pengurus, pembantu pengurus, pengurus dapur, pembantu cef, pelayan dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, tidak dipastikan tentang konsep makanan yang akan dijual di restoran tersebut namun peminat berharap Uncle Roger akan menyediakan hidangan ikonik yang menaikkan namanya iaitu nasi goreng.

Sekadar info, nama Uncle Roger mula meniti di bibir netizen Malaysia dan luar negara apabila dia memberi komen mengenai seorang wanita daripada saluran BBC Food yang memasak nasi goreng dengan gayanya yang lucu dan tersendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Lelaki tegur restoran buat content hina OKU
5 months ago

Restoran Makanan Laut Dikecam Buat 'Content' TikTok Hina Fizikal Golongan OKU

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...