YouTuber Mohon Maaf Buat Video Beri Ganjaran Lebih RM2,000 Jika Ada Yang Sanggup Batalkan Puasa

Trending

YouTuber Mohon Maaf Buat Video Beri Ganjaran Lebih RM2,000 Jika Ada Yang Sanggup Batalkan Puasa

Seorang YouTuber dari Indonesia dikenali sebagai Hasanjr11 menerima kecaman hebat di atas video terbaru yang dimuatnaik olehnya. Video bertajuk ‘Tes keimanan bayar orang 10 juta untuk batalin puasa’ itu menawarkan ganjaran sebanyak RM2,853 kepada mereka yang sanggup membatalkan puasa dengan memakan pizza yang dibawanya.

Di dalam video itu, dia telah menawarkan wang sebanyak 10 juta rupiah (RM2,853) kepada mereka yang sanggup makan pizza yang dibawanya. Untuk makluman, video ini dirakamkan ketika bulan Ramadan semasa umat Islam menjalani ibadah berpuasa.

Advertisement

Namun, oleh kerana kecaman terlalu hebat yang diterima dia telah memadamkan video tersebut dari akaunnya dan membuat satu permohonan maaf. YouTuber tersebut mempunyai 4.97 juta subscriber dan sering memuat naik video cabaran dan prank di salurannya itu.

Saya hasanjr11, saya ingin meminta maaf kepada seluruh komuniti untuk salah satu video YouTube saya yang tidak sesuai. Saya akui bahawa itu adalah kesalahan peribadi saya 100 peratus dan tidak mahu kebenaran kerana saya salah.

hasanjr11

Video permohonan maaf yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya juga dipadamkan selepas beberapa hari kemudian. Kandungan video YouTube itu turut menerima kecaman kerana dilihat cuba mengambil kesempatan di atas kesusahan yang dialami orang lain.

Namun, ada juga yang menganggap video itu adalah untuk mengajar orang ramai menghargai ibadah puasa di bulan Ramadan. Tetapi tidak kira apa tujuannya sekalipun, tindakan itu dilihat tidak wajar kerana cuba menguji keimanan umat Islam yang berpuasa.

Walaupun sudah dipadamkan di laman YouTube nya, video tersebut telah pun tersebar luas selepas dikongsikan oleh akaun yang lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...