Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Youtuber Masakan Che Nom Halalkan Netizen Gunakan Resipinya Untuk Berniaga, -“Tak Ada ‘Trademark’..”

Che Nom

Youtuber masakan terkenal, Che Nom harini di media sosial Twitter telah memberi kebenaran kepada netizen yang ingin menggunakan tips dan resipi masakan yang dikongsinya di Youtube serta platform sosial yang lain termasuklah untuk tujuan berniaga.

Che NomSumber : Google  

Menyifatkan perkongsiannya selama ini sekadar berkongsi rezeki, jelas Che Nom dia tidak berniat untuk meletakkan tanda dagang ke atas setiap resipinya.

Advertisement

Che Nom yang sangat popular dengan gaya masakan seperti ibu-ibu di rumah itu turut membenarkan orang ramai menggunakan wajahnya untuk dijadikan bahan perniagaan seperti pelekat (sticker) atau bunting (banner).

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Che_Nom (@che_nom)

Ternyata, ciapan tukang masak itu telah mendapat pujian serta reaksi positif daripada pengguna media sosial. Malah, ada yang turut mendoakan agar rezeki Youtuber itu terus melimpah ruah kerana tidak lokek berkongsi ilmu berkenaan masakan.

Sekadar info, saluran Youtube Che Nom telah mengumpul hampir 1 juta serta 70,000 pengikut di Instagram.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    January 14, 2021 at 2:47 pm

    Semoga di murah kan rezeki Che Nom . Bukan mcm keluarga buaya darat betina betina budu tu .

  2. Syasya

    January 14, 2021 at 2:09 pm

    Paling suka resepi nasi ayam dia. Mmg sedappp weyy kalau resepi mak aku

  3. tecit

    January 14, 2021 at 9:55 am

    thumbs-up chenom. bukan mcm “org kaye” yg kedekut tu. dahla suke2 nak amik perkataan yg already well-known utk buat trademark die. klu perkataan sendiri xpe la jgk.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top