Youtuber Korea Bongkar Taktik Peniaga Makanan Di Myeongdong Street, Logo Halal Sekadar Muslihat

Trending

Youtuber Korea Bongkar Taktik Peniaga Makanan Di Myeongdong Street, Logo Halal Sekadar Muslihat

Korea merupakan destinasi percutian popular dan menjadi pilihan rakyat Malaysia. Biasalah, bila sudah melancong pasti kita tidak mahu ketinggalan untuk merasai sendiri hidangan wajib dan cukup digemari di sana seperti kimchi, tteokbokki dan banyak lagi.

Paling ‘best’ untuk rasa makanan lazat pastinya di jalanan, macam-macam juadah yang ada sehingga membuatkan kita teruja untuk menikmatinya. Namun, adakah anda yakin dengan makanan yang anda makan? Memang ada pamerkan logo halal, tetapi betul ke diiktiraf?

Advertisement

daud kim

Baru-baru ini, seorang YouTuber terkenal Korea yang beragama Islam, Daud Kim, telah melakukan satu kajian sosial di Myeodong Street iaitu antara destinasi tumpuan pelancong untuk mencuba pelbagai makanan tempatan.

makanan di Myeodong Street tidak halal

Apa yang menjadi persoalan buat Daud adalah mengenai status halal makanan di situ. Dia sempat bertanya kepada peniaga makanan tersebut adakah makanan yang dijual itu halal ataupun tidak. Namun, agak mengejutkan apabila kebanyakan rakyat Korea tidak memahami apa itu halal.

Peniaga enggan tunjuk Sijil Pengesahan Halal

Daud bersama rakannya dari negara Turki, Sena melakukan eksperimen sosial dengan pergi ke setiap gerai dan bertanyakan kepada peniaga sama ada makanan tersebut halal atau tidak.

Menerusi rakaman video tersebut, ada beberapa gerai menampilkan logo halal namun ia agak meragukan.
Untuk kepastian, Sena meminta Sijil Pengesahan Halal tetapi pekerja di gerai tersebut menolak permintaan itu, memberi alasan dia hanya pekerja dan bukannya bos.

Jadi, hati-hatilah memilih makanan ketika melancong. Kena selidik dulu dan kalau anda rasa was-was tidak perlu beli. Untuk lebih kepastian, boleh muat turun aplikasi Halal Navi untuk senarai makanan halal yang diiktiraf.

Sumber Berita & Video : Daud Kim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...