Seorang YouTuber dari saluran Warped Perception telah merakamkan keadaan dari dalam tayar kereta ketika sedang bergerak dengan meletakkan sebuah kamera GoPro yang disambungkan kepada telefon pintar.
“Bagaimana keadaan dari dalam tayar kereta ketika kita sedang memandu?”
Idea untuk melakukan ujian ini tercetus apabila dia diajukan soalan daripada seorang peminat yang bertanyakan soalan itu. Bagi mendapatkan gambaran sebenar keadaan dalam tayar semasa sebuah kenderaan sedang bergerak, dia meletakkan kamera GoPro Hero 7, kabel USB, lampu LED dan bateri tambahan yang dipasangkan ke dalam tayar keretanya.
Video tersebut telah mendapat lebih 7.6 juta tontonan setakat ini.