YouTuber Kecewa Video Puji Malaysia Tangani COVID-19 Miliknya Disekat Oleh Facebook

Trending

YouTuber Kecewa Video Puji Malaysia Tangani COVID-19 Miliknya Disekat Oleh Facebook

Pada awal Mei lalu, kami pernah melaporkan mengenai kehebatan seorang YouTuber luar negara yang merakamkan kehebatan Malaysia menangani pandemik COVID-19. Video bertajuk Malaysia’s Coronavirus Incredible Success Story itu menerima pujian ramai terutamanya rakyat Malaysia di atas penghargaan dalam menghargai usaha yang dilakukan Malaysia.

Tetapi menurut YouTuber yang juga pakar pergigian warganegara Amerika Syarikat, Dustin Pfundheller ini, video tersebut telah disekat oleh Facebook. Di dalam video terkini yang dimuatnaiknya baru-baru ini, dia memberitahu video tersebut disekat kerana didakwa menyampaikan maklumat yang tidak tepat.

Advertisement

Kenyataan itu disangkal oleh Dustin kerana menurutnya dia menggunakan fakta yang tepat dan mendapatkannya daripada pelbagai sumber. Malah, seramai 30 YouTubers telah membuat pemeriksaan fakta mengenainya dan mengkaji semula video tersebut.

“Ada banyak lagi seharusnya saya masukkan dalam video itu yang telah Malaysia lakukan antaranya pemberian internet percuma.”

youtuber

Dia turut meluahkan rasa kecewanya kerana usaha yang dilakukan oleh negara seperti Malaysia tidak dihargai oleh Facebook. Kebiasaannya orang ramai hanya disajikan dengan video hebat mengenai negara barat atau Taiwan tetapi negara seperti Malaysia seperti hilang dari peta dunia.

Video tersebut yang disekat oleh Facebook itu juga dikatakan palsu namun tiada penerangan mengapa mereka menganggapnya palsu dan mengelirukan. Dia juga menghadapi kesusahan untuk berhubung dengan Facebook memandangkan tiada saluran yang boleh digunakan untuk berhubung dengan Facebook.

“Saya tidak dapat apa-apa penjelasan berhubung perkara itu dengan Facebook, walaupun syarikat itu mempunyai pejabat di Malaysia.”

YouTuber itu memberitahu dia telah mencuba sebaik mungkin untuk berkongsikan usaha hebat yang dilakukan oleh Malaysia kepada seluruh dunia. Namun, ianya tidak diendahkan malah kandungan video tersebut telah pun disekat oleh Facebook tanpa penjelasan lanjut.

Dustin sebelum ini dihujani dengan pujian dan ucapan terima kasih daripada rakyat Malaysia di atas penghargaan yang dilakukannya itu. Untuk baca lebih lanjut mengenai video Dustin sebelum ini tentang usaha hebat Malaysia tangani pandemik COVID-19, anda boleh klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Video Doktor Luar Negara Cerita Kehebatan Malaysia Tangani COVID-19 Tular Di Media Sosial

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...