Youtuber Kandungan Memasak Popular Diserang Suami Mabuk, Netizen Petik Nama Sugu Pavithra?

Hiburan

Youtuber Kandungan Memasak Popular Diserang Suami Mabuk, Netizen Petik Nama Sugu Pavithra?

Kecoh media sosial apabila seorang lelaki yang merupakan suami kepada pemilik akaun Youtube terkenal dek kerana resipi masakannya dikatakan telah ditahan kerana menyerang isterinya kelmarin.

Pihak polis juga telah mengesahkan lelaki tersebut kini ditahan reman tiga hari bermula hari ini dan kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Hakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Advertisement
sugu pavithra diserang suami mabuk

Sumber: Astro Awani

Suspek yang berusia 29 tahun itu dikhabarkan telah bertengkar di kawasan tempat letak kereta Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh. Ia dipercayai berlaku selepas mangsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah baru-baru ini.

Pertelingkahan itu juga berpanjangan sehingga keesokan harinya di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.

“Ketika kejadian suspek dipercayai mabuk. Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu dipercayai memukul isterinya.”

Kemudiannya, seorang pengawal keselamatan menerima laporan bahawa seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan.

Sumber sama menjelaskan yang suspek dipercayai mencari abang ipar isterinya susulan masalah keluarga.

Sumber: Sinar Harian

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian itu dan menyatakan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan selain percaya bahawa ia berkaitan dengan masalah keluarga.

Rata-rata netizen yang membaca berita ini menebak bahawa gerangan Youtuber terkenal itu tidak lain tidak bukan ialah Sugu Pavithra yang kian meningkat naik kerana sering berkongsi video masakan menerusi saluran tersebut.

sugu pavithra diserang suami mabuk sugu pavithra diserang suami mabuk sugu pavithra diserang suami mabuk sugu pavithra diserang suami mabuk

Walaupun tiada kenyataan rasmi yang dibuat oleh wanita tersebut, namun kebanyakan netizen percaya bahawa dia adalah mangsa yang disebut di dalam berita hangat ini.

Sumber: Harian Metro

Sumber foto: Malay Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...