YouTuber Indonesia ‘Claim’ The Beatles Terinspirasi Dari Kumpulan Indonesia, The Tielman Brothers

Trending

YouTuber Indonesia ‘Claim’ The Beatles Terinspirasi Dari Kumpulan Indonesia, The Tielman Brothers

Rasanya semua cukup kenal dengan kumpulan popular era 60-an ini, The Beatles. Antara lagu popular yang menjadi kegemaran peminat seperti Yesterday, Hey Jude, Here Comes The Sun, I Want To Hold Your Hand dan banyak lagi lah.

Kecoh pula baru-baru ini apabila seorang YouTuber dari Indonesia yang memuatnaik video yang mendakwa The Beatles mendapat inspirasi dari sebuah kumpulan Indonesia, The Tielman Brothers.

Advertisement

screenshot youtube
Di dalam video ini, gadis ini menjelaskan beberapa ‘bukti’ yang mendakwa The Beatles mendapat inspirasi daripada kumpulan Indonesia, The Tielman Brothers.

Dikatakan juga ahli The Beatles iaitu John Lennon dan Paul Mccarteny mengkagumi aksi The Tielman Brothers kerana ketika itu The Beatles masih lagi ‘band cafe’ yang tak dikenali. Gadis ini juga mendakwa gaya persembahan The Beatles seakan meniru gaya kumpulan tersebut.

Tapi ada juga sumber yang mengatakan ini hanya gambar yang di edit dan tidak benar. 

the beatles
Namun di ruangan komen, ramai yang berpendapat yang sebenarnya inspirasi utama The Beatles ialah Elvis Presley. Muzik yang dibawa The Beatles juga banyak diinspirasikan muzik Rock ‘n’ Roll dari Amerika.

Terinspirasi TB? Hoax. Memang sebelum ada Beatles, mereka yg duluan lahir. Tapi ada beberapa musisi Rock n Roll yg menginspirasi mereka (The Beatles), yg paling berpengaruh ya si Raja Rock n Roll, Elvis Presley. John Lennon jg pernah blg, “Nothing really affected me until i heard Elvis, if there hadn’t been Elvis, there would not have been The Beatles.” Kalo gaada Elvis Presley, ga mungkin bisa ada The Beatles!

Tak pasti lah sejauh mana kebenaran ‘fakta-fakta’ yang didakwa gadis ini tapi yang pastinya ramai dah cukup bengang dengan perangai rakyat Indonesia yang nak claim semua benda macam ni.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...