Tular di media sosial sejak semalam tentang seorang Youtuber yang didakwa mengganggu jiran tetangga kerana berbuat bising dan beberapa hal lain.
Youtuber dikenali sebagai Ammar Nazhan itu telah tampil memberikan kenyataan mendakwa bahawa media telah dibayar untuk memfitnah dan menjatuhkan reputasinya.
Bagaimanapun, guru yang menularkan hal ini di media sosial turut membuat satu hantaran dan mengatakan jiran Youtuber itu langsung tidak takut dengan gertakan Ammar kerana mereka sudah menyimpan semua bukti.
Bring it on. Saya ada gambar team dia park depan rumah orang lain tanpa izin. Video dan gambar kegiatan mereka, ada rakam audio dan video kereta dia bising memekak.
Guru dikenali sebagai Fadli Salleh itu turut menyindir Ammar kerana konon mahu tunjuk berani menggertak pemilik rumah harga jutaan ringgit.
Golongan T20 ada peguam keluarga masing-masing, memang bertemu buku dengan ruaslah. Mereka takkan buat tuduhan melulu, dah siapkan semua bukti dan dapat jangka saman akan dibuat.