YouTuber Dikecam Pura-Pura Cedera Untuk Dapatkan Kelas Bisnes Dalam Penerbangan Secara Percuma

Trending

YouTuber Dikecam Pura-Pura Cedera Untuk Dapatkan Kelas Bisnes Dalam Penerbangan Secara Percuma

YouTuber dikenali sebagai Jamie Zhu ini menerima kecaman daripada warganet selepas memuatnaik video “How To Fly Business Class For Free” di akaun miliknya. Video yang dimuatnaik pada 15 Januari lalu mendapat lebih 100,000 tontonan dengan pelbagai komen negatif diberikan.

Di dalam video tersebut, Jamie telah berlakon yang kononnya buku lalinya cedera dan dia turut memakai orthopedic boot supaya lakonannya nampak meyakinkan. Sebelum kita teruskan, anda semua dinasihatkan jangan tiru aksi ini!

Advertisement

Sebelum penerbangan

jamie zhu

Video berdurasi tiga minit itu bermula dengan Jamie yang berada di lapangan terbang sebelum penerbangannya. Sebelum menaiki pesawat, dia singgah terlebih dahulu ke farmasi untuk dapatkan orthopedic boot untuk buku lalinya yang ‘cedera’.

jamie zhu

Dia kemudian memakai orthopedic boot pada kaki kanannya dan berjalan terhencot-hencot dalam meneruskan lakonannya itu. Sesiapa saja yang melihatnya dengan orthopedic boot pasti akan menyangka dia sememangnya cedera.

Naik pesawat

jamie zhu

Jamie menaiki pesawat penerbangan Cathay Pacific dan sebaik tiba di tempat duduknya di kelas ekonomi, dia kemudian memberitahu krew kabin yang kakinya tidak muat di bahagian tempat letak kaki kerana orthopedic boot yang dipakainya.

jamie zhu

Ditawarkan kelas bisnes

Demi menjaga keselesaan penumpang mereka, krew kabin telah memberikan satu tempat duduk yang baru kepada Jamie di kelas bisnes. Sudah tentunya, tempat duduk di kelas bisnes lebih luas dan selesa dari kelas ekonomi.

jamie zhu

jamie zhu

Pada akhir video sebelum dia turun dari pesawat, krew kabin sempat mengucapkan semoga kecederaanya itu akan segera sembuh. Namun, dia sudah pun berjalan seperti biasa semula tanpa memakai orthopedic boot lagi.

“Semoga buku lali anda cepat sembuh!”

“Oh ya, saya hampir terlupa tentang itu.”

Melalui ruangan komen, ramai yang mengharapkan syarikat penerbangan itu akan menyenarai hitamkan Jamie Zhu daripada menaiki pesawat mereka lagi. Ramai juga peminatnya yang kecewa dan berharap dia tidak akan melakukan ‘prank’ begini lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...