YouTuber Belanja RM380,000 Sewa Burj Khalifa Untuk Dedahkan Jantina Anak

Trending

YouTuber Belanja RM380,000 Sewa Burj Khalifa Untuk Dedahkan Jantina Anak

Ada duit, semua benda boleh jadi. Pepatah ini memang bersesuaian sangat dengan YouTuber popular, Anas Marwah dan pasangannya, Asala Maleh yang sanggup menghabiskan duit sebanyak USD90,000 (RM380,000) untuk menyewa bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai bagi mendedahkan jantina anak di dalam kandungan.

Advertisement

Video “gender reveal” ini telah menjadi viral dan mendapat reaksi berbeza daripada netizen seluruh dunia. Ada yang menyatakan ia satu pembaziran, ada pula yang berkata “oh sweet gila laki dia” dan ada pula yang macam “hmmmm, nie kaya sangat la nie sampai tak tahu nak buat apa dah dengan duit tue”.

Secara jujurnya, perasaan kami agak tersentuh juga apabila menonton video tersebut. Romantik bak hang!

 

Kalau dah duit memang berkepuk-kepuk, apa salahnya gunakannya untuk membuat kejutan yang sebegini buat si dia yang tercinta kan? Pasti ia akan menjadi sebuah memori yang berkekalan sehingga ke akhir hayat. Apa kata anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...