Jika sebelum ini, video satu eksperimen sosial yang dilakukan oleh seorang YouTuber viral di media sosial dengan kandungan yang sangat berbeza dan lain daripada yang lain. Video yang dimuatnaik itu mendapat perhatian ramai apabila mereka berjaya menjalankan ujian ‘gold digger’ kepada seorang gadis bernama Bella yang merupakan teman wanita rakan mereka.
Baca: Cubaan YouTuber Kantoikan Bakal Tunang Rakan Dengan ‘Gold Digger Test’ Mendapat Pujian Netizen
Nampaknya, seorang lagi YouTuber menjadi bualan netizen baru-baru ini apabila memuatnaik satu video yang dianggap sangat kontroversi. Video yang bertajuk ‘Habiskan RM10K Bagi Wartawan Di Istana Negara’ itu dimuatnaik oleh YouTuber dikenali sebagai Isa iSARB di akaun miliknya.
Seperti yang anda semua tahu, buat masa ini para pengamal media sedang berkampung di hadapan Istana Negara bagi membuat liputan tentang perkembangan terkini politik negara. Sejak hari Sabtu yang lalu, pelbagai jenama tampil memberikan makanan dan minuman kepada pengamal media bagi membantu mereka.
Tidak cukup dengan itu, YouTuber ini tampil di hadapan kawasan Istana Negara dan mengagihkan RM10,000 kepada pengamal media di sana. Sebaik sahaja tiba di kawasan tersebut, YouTuber ini dan rakan-rakannya mula mengagihkan beberapa keping wang ringgit kepada mereka di sana.
Ada yang menerimanya tanpa sebarang keraguan dan ada juga yang berasa pelik dengan pemberian tersebut. Namun, tindakannya itu kemudian dihentikan oleh pihak berkuasa yang menghalangnya dari meneruskan aktivitinya itu. Selepas hanya sempat mengagihkan kira-kira RM600 ke RM700, mereka beredar dari situ atas arahan pihak berkuasa.
Selepas dihalau oleh pihak berkuasa, mereka diekori oleh sebuah kereta dan mereka kemudian mengadakan perbincangan di tepi jalan. Di dalam perbincangan itu, mereka dimaklumkan tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan yang mana mereka akhirnya meminta maaf di atas perbuatan itu.