YouTube, Pinterest Sekat Kandungan Mempromosikan Anti-Vaksin

Trending

YouTube, Pinterest Sekat Kandungan Mempromosikan Anti-Vaksin

Isu anti-vaksin bukan sahaja diperdebatkan di Malaysia tetapi juga seluruh dunia. Kelompok ini semakin berkembang dan keadaan itu sangat membimbangkan.

vaksin

Advertisement

Justeru YouTube dan aplikasi Pinterest mengambil langkah menyekat kandungan yang menyebar maklumat salah mengenai amalan pemvaksinan kepada pengguna.

Menurut Pinterest, mereka sudah mengubah dasar berkenaan pada tahun lalu mengenai kandungan anti-vaksin, seperti yang didedahkan minggu lalu dalam Wall Street Journal.

vaksin

Syarikat itu berkata, ia mula menyekat carian tertentu berhubung pemvaksinan dan penawar kanser kerana penyebaran maklumat yang salah itu boleh memberi kesan buruk kepada orang ramai.

Manakala pada Jumaat lalu, YouTube pula mengumumkan laman itu sudah mengeluarkan video iklan anti-vaksin dari platform berkenaan.

vaksin

Rangkaian media sosial di Amerika Syarikat dan negara lain berdepan tekanan kritikan apabila dikatakan bertanggungjawab terhadap kewujudan kelompok anti-vaksin.

Dilaporkan terdapat 159 dijangkiti demam campak di negara itu sejak awal tahun ini termasuk 65 kes di daerah Clark, Washington dan kebanyakannya membabitkan kanak-kanak yang tidak diberi vaksin.

Sumber Berita: Harian Metro Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...