“You Touch You Go” – Pengerusi MARA Beri Amaran Akan Ambil Tindakan Tegas Kepada Pembuli

Berita

“You Touch You Go” – Pengerusi MARA Beri Amaran Akan Ambil Tindakan Tegas Kepada Pembuli

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah memberi amaran bahawa beliau akan mengambil tindakan paling tegas jika berlaku kejadian buli yang membabitkan warga di Institusi Pendidikan MARA (IPMa).

Memetik dari Berita Harian, beliau turut menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam kes buli.

Advertisement

Langsung tak ambil ikhtibar dengan kes lalu yang menyebabkan kematian. Kalau berlaku di mana-mana institusi pendidikan MARA termasuklah MRSM (Maktab Rendah Sains Mara), tiada kompromi.

Asraf wajdi

Saya dah tegaskan prinsip saya “You Touch You Go!” (Anda sentuh, anda pergi!) Tak perlu nak jumpa saya buat rayuan atau apa juga untuk raih simpati kerana sudah diperingatkan berulang kali.

November tahun lalu, Asyraf Wajdi memberi jaminan MARA tidak akan berkompromi terhadap sebarang kes buli jika berlaku dalam kalangan pelajar di MRSM.

Beliau dilaporkan berkata, pihaknya tidak akan sesekali menutup sebarang perilaku curang yang dilakukan oleh mana-mana pelajar walaupun anak orang kenamaan.

UPNM
3 weeks ago

"Tidak Akan Lindungi.." - Lagi Kes Buli 'Tekap Seterika' Berlaku Di UPNM, ATM Akan Lakukan Siasatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...