Beberapa hari lalu, seorang pengguna Twitter @eatdatpaper berkongsikan kisah kawan baiknya dicerai kerana tidak memakai makeup. Wanita tersebut dipaksa untuk memakai makeup setiap kali ingin bersama suaminya. Perkahwinan pada hari raya lalu berakhir tidak sampai sebulan kerana si suami tidak dapat terima isterinya itu tidak memakai makeup ketika bersamanya.