Baru-baru ini, isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah ada berkongsi videonya berada di sebuah hospital.
Dapat dilihat video tersebut telah dikongsikan oleh Watie di laman Instagram hingga meraih perhatian susulan komen ibu mentuanya di hantaran terbabit.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut lihat komen yang di tinggalkan oleh ibu mentua Watie itu dan ramai juga tertanya-tanya jika wanita tersebut hamil ataupun tidak.
Sedia maklum, Watie sebelum ini pernah memaklumkan bahawa dirinya tidak mahu menimang cahaya mata sendiri lagi dan hanya mahu fokus membesarkan anak-anak Shuib dahulu.
View this post on Instagram