Seperti diketahui, sebelum ini ada khabar angin mengatakan bahawa rumah tangga kakak Neelofa iaitu Noor Nabila dah suami, Engku Emran sedang bergolak.
Terbaharu, perkongsiaan status di Instagram Nabila seakan-akan meluahkan perasaan telah mencetus tanda tanya.
Dapat lihat dari perkongsiaan yang dibuat, kakak Neelofa itu berkongsi ayat-ayat kehidupan yang menceritakan tentang ‘kehilangan’.
Dalam pada masa yang sama, Nabila turut mengakui bahawa liku-liku kehidupannya sukar, namun perlu diteruskan juga dan kekal kuat.
Biarpun banyak khabar angin rumah tangga sedang goyah, namun kedua-dua pihak memilih untuk mendiamkan diri.
Sekadar info, Engku Emran dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021.