“You Kutuk I Macam Macam” – Bukan Tudung Punca Putus, Bekas Tunang Kata Anju Toksik & Manipulatif

Hiburan

“You Kutuk I Macam Macam” – Bukan Tudung Punca Putus, Bekas Tunang Kata Anju Toksik & Manipulatif

Gara-gara sering mempamerkan kemesraan dan kelihatan romantis di media sosial, berita perpisahan Zarina Anjoulie dan Datuk Seri Khazrul Elzey menimbulkan persoalan ramai.

Apatah lagi ketika berpisah, mereka baru sahaja mengikat pertunangan dan sejak daripada itu berlaku insiden berbalas kenyataan daripada kedua-dua pihak.

Advertisement

1 year ago

"100 Kali Cerai Pun Ada Masalah Ke?" - Bekas Tunang Zarina Anjoulie Perjelas Video Lama Tular

Terbaru, DS Khazrul Elzey menerusi TikTok meluahkan tentang sikap bekas tunangnya di mana dia menyifatkan Anju toksik dan manipulatif.

Bukan itu saja, dia juga berpesan kepada Anjou agar menyedari kesalahan sendiri dan jangan hanya mencari kesalahan orang lain.

 

Bukan sebab paksa pakai tudung

Jelasnya lagi, dia tidak pernah memaksa Anju untuk berubah dan berhijab sebaliknya kerap memuji kecantikan bekas tunangnya setiap kali memakai hijab.

Malah katanya tudung bukanlah punca hubungan mereka putus sebaliknya ada isu sebenar lain yang tidak diketahui oleh orang luar.

Dia turut luah rasa terkilan apabila keluarga turut dikaitkan dalam isu mereka serta turut dituduh tidak menghormati ibu dan bapa Anju.

I dah call you dah mesej tapi tak jawab. I dah cuba tapi you buat bodoh. Now you cakap I tak hormat mama dan daddy you.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh!Media

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...