Ketika ini, kisah perebutan anak di antara Safee Sali dan bekas isteri, Fitria Elfina hangat diperkatakan selepas bekas pemain bola itu didakwa menghalang wanita terbabit berjumpa dengan anak mereka.
Dulu sondol orang punya
Pelakon Rita Rudaini turut memberikan komennya tentang kes tersebut dan berkata apa yang berlaku kepada Fitria merupakan kifarah buatnya kerana pernah meruntuhkan rumah tangga orang lain sebelum ini.
Menerusi Instagram, Rita telah berkongsi tangkap layar video temu bual Fitria bersama Mingguan Wanita di mana dia berkata rumah tangganya musnah disebabkan penyondol.
Ujar Rita, dia tahu cerita sebenar tentang kes Fitria dahulu dan menganggap apa yang berlaku kepadanya adalah situasi sama bekas isteri pertama Safee, Sabarina Yusof pernah lalui disebabkannya.
You jangan buat buat lupa bekas isteri bekas suami you dulu. Kami semua tahu apa yang terjadi di zaman kami dulu. You dah sondol, sekarang you disondol semula. Kifarah untuk you buat bekas isteri dia dulu.
Rasalah apa bekas isteri pertama dulu lalui
Tambah Rita, sekarang Fitria pula perlu merasakan keperitan Sabarina dengan anak-anak yang masih kecil dahulu ketika ditinggalkan oleh suami disebabkan orang ketiga.
Time you pula rasa. You tak peduli pun perasaan bekas isteri dan anak-anak dia dulu. Tengah seronok kan, tetap Allah bagi juga you rasa kebahagiaan yang you rampas. Jadi you belajar la kuat seperti isteri dia dulu okay.
Terdahulu, Safee dan Fitria yang merupakan warga Indonesia telah bercerai talak dua selepas 11 tahun berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Sebelum itu, Safee dan Sabarina berkahwin pada 2007 sebelum bercerai pada tahun 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak.