Pelakon yang kini usahawan produk pemutih kulit, Datin Eina Azman menempelak netizen yang menuduh suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden curang.
Memetik Utusan, Eina berkata dia tidak pernah berkata pasangannya itu berlaku curang, malah difitnah netizen.
Salam. Betul apa? Oh, yang fitnah netizen cakap suami saya curang? Saya tak pernah cakap suami saya curang. You all yang fitnah suami saya.
Ujarnya lagi, tiada apa yang boleh dijadikan bahan lawak berkaitan dengan hal curang dalam sesebuah rumah tangga.
Respon itu diberikan Eina sebagai balasan terhadap provokasi yang dilemparkan netizen di media sosial gara-gara videonya yang menangis hiba tanpa memberitahu sebab menjadi tular di media sosial.
@einaazman13 ???
? Only Love Can Hurt Like This (Slowed Down Version) – Paloma Faith
Pelbagai persoalan dan spekulasi telah timbul berdasarkan video tersebut dan rata-ratanya mengaitkan masalah rumah tangga telah berlaku dalam perkahwinan mereka berdua.