Penyanyi, Yonnyboii tidak menolak sekiranya dikurniakan zuriat lebih awal menerusi perlahwinannya bersama isteri, Nik Nazira Narriman pada usia muda.
Menurut Yonny, dia dan isterinya bersikap terbuka dan menyerahkan perkara tersebut kepada ketentuan Allah SWT.
Keluarga saya sudah mengingkatkan kalau ada yang bertanya mengenai perkara ini, jangan sesekali cakap tidak mahu lagi sebab kita tidak tahu rezeki yang sudah tertulis.
Yonny turut memberitahu yang dia kini masih lagi belajar serta sedang menyesuaikan diri menjadi seorang suami.
Dalam pada itu, Yonny juga mengakui yanng dia tidak tahu bila waktu sudah bersedia bergelar bapa kerana dia percaya bila ada zuriat nanti barulah boleh tahu keadaan sebenar.
Tambah Yonny lagi, dia dan isteri merancang untuk timang zuriat dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi tetapi mereka bersyukur jika rezeki menimang cahaya mata datang lebih awal.
Tapi, buat masa ini saya memang nak fokus kepada kerjaya dulu.
Dalam masa yang sama, Nazira mengakui yang dia sudah bersedia untuk memegang gelaran ibu seandainya rezeki menimang cahaya mata untuk dia dan suami tiba lebih awal.
Menurut Nazira, Insya-Allah dia akan menerima setiap yang berlaku dan dia tidak berani mahu mengatakan yang dia sememangnya sudah bersedia memegang gelaran tersebut kerana zuriat adalah satu tanggungjawab yang besar.
Tambah Nazira lagi, bukan mudah hendak membesarkan anak tetapi dia dan Yonny perlu sama-sama belajar seandainya takdir sudah tertulis sebegitu.
Sekadar info, pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga mereka diĀ Duchess Place, Ampang pada 20 November lalu.