Penyanyi dan juga personaliti media sosial, Fynn Jamal mengakui bahawa komposer Yonnyboii adalah refleksi dirinya ketika zaman muda dan memberontak dahulu.
Tambah Fynn Jamal lagi, Yonnyboii merupakan seorang penyanyi yang ‘bercerita’ dalam nyanyiannya dan punya keunikan tersendiri.
Dia dilihat menulis perkara tersebut menerusi segmen ‘Ask Me Question’ di ruangan media sosial Instagramnnya baru-baru ini apabila ditanyakan apakah artis yang paling dekat dengan dirinya jika dia masih dalam industri nyanyian.
“Soul, suara, mood. Akak nampak banyak diri akak zaman rebel dulu kat Yonnyboii. Orang kata dia takde suara. Akak jawab, orang tak ada telinga. He’s a storyteller..”
Ujar Fynn lagi, Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin mempunyai potensi yang sangat besar dan pastinya akan menyinar jika berada di landasan yang betul.
View this post on Instagram
Sekadar info, Yonnyboii semakin dikenali ramai menerusi lagu Salahku dan Sakit itu dijangka bakal menjadi salah seorang artis muda yang menyerlah pada tahun hadapan.