Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, iaitu Dr. Afifah Hidayah Mohd Yusof mencuri perhatian warganet selepas memuat naik satu hantaran yang agak emosional di platform Threads, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian tersebut, Dr. Afifah atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie seolah-olah menegaskan hak terhadap sebuah kediaman apabila menulis kapsyen yang tegas dan penuh emosi.

“Yes! Ini rumah akuuuu!!!!!! Rumah akuuuuuu!! Jangan nak ambik ya,” tulisnya.
Hantaran itu pantas mengundang pelbagai reaksi dan spekulasi daripada warganet, sebelum Dr. Fie tampil memberikan penjelasan lanjut bagi mengelakkan salah faham.
Menurutnya, emosi yang diluahkan ketika itu sebenarnya dipengaruhi oleh perasaan selepas menonton sebuah filem berjudul La Tahzan.
Ok semua…. Saya sedang emosi tgk movie #LaTahzan. Jangan salah faham semua! Tapi ending dia scary. Lawa-lawa pun main hantu..
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan penjelasan tersebut dan mengakui mereka memahami emosi yang boleh tercetus selepas menonton filem yang menyentuh perasaan, terutamanya melibatkan isu rumah tangga.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah. Sejak itu, setiap perkongsian Dr. Fie di media sosial sering menjadi perhatian ramai, khususnya apabila dikaitkan dengan fasa baharu kehidupannya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

