“Yes..I Do Love Her..” – Usahawan Anas Zahrin Bidas Dakwaan Bercinta Dengan Cik Epal Hanya Sekadar Gimik Jual Produk

Kehidupan

“Yes..I Do Love Her..” – Usahawan Anas Zahrin Bidas Dakwaan Bercinta Dengan Cik Epal Hanya Sekadar Gimik Jual Produk

Usahawan Anas Zahrin tampil menepis dakwaan segelintir netizen yang mendakwa hubungannya dengan personaliti media sosial, Cik Epal, hanyalah sekadar gimik sempena pelancaran produk.

Menurut Anas, dia tidak memerlukan sebarang gimik untuk melariskan jualan produknya, malah mampu menjual sendiri menerusi siaran langsung di TikTok.

Advertisement

Anas Zahrin cik epal

“Cik Epal dengan Anas ni kalau gimik semata-mata nak launch produk, sumpah eh pasni aku nak block semua tak nak amik tahu dah. Jangan eh bagi harapan tak baik. Kita dah tak sabar nak tengok Cik Epal diratukan dengan lelaki yang selayaknya,” tulis seorang pengguna media sosial.

Menjawab dakwaan itu, Anas menegaskan bahawa tiada sebarang pelancaran produk bersama Cik Epal yang dirancang dalam masa terdekat, dan mengakui perasaan istimewanya terhadap wanita itu.

Saya tak ada nak launch apa-apa dengan dia untuk waktu terdekat, kalau nak launch lama dari awal dah, saya boleh je live jual sendiri. 14 tahun kami kawan yes, i do love her.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen menyarankan agar orang ramai menghormati privasi mereka berdua dan tidak terlalu terburu-buru dalam membuat andaian.

Anas memang baik dengan semua kawan dia, tak payah kenen-kenen kalau jodoh dia orang tak kemana.

Guys just hormat je privacy Cik Epal. Don’t rush things, jangan terlampau berharap jodoh dengan korang pilih tu nanti kalau tak jadi kecewa.

Terdahulu, usahawan Cik Epal dan bekas suami, Jofliam mengejutkan ramai apabila sah bercerai setelah lebih sedekad berumah tangga.

Jofliam yang sebelum ini terpalit dengan kisah kecurangan bersama pekerjanya iaitu Dewi akhirnya menikah dengan wanita yang sama pada bulan lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

cik b beri penjelasan
3 weeks ago

"Tiada Alkohol Dalam Party" - Cik B Tampil Beri Penjelasan Mengenai Dakwaan Berhibur Di Kelab Malam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...