Yes 5G Diiktiraf Internet Paling Pantas, Tawar Pelbagai Pelan Menarik & Installment iPhone 15 Serendah RM21

Branded

Yes 5G Diiktiraf Internet Paling Pantas, Tawar Pelbagai Pelan Menarik & Installment iPhone 15 Serendah RM21

Isu rangkaian telko mana yang tawar internet paling pantas ni, sampai ke sudah tak akan habis. Betul tak? 

Tapi, semestinya Yes 5G tiada tandingan sebab Ookla telah mengiktiraf dan memberi anugerah, Malaysia’s Fastest Mobile Network kepada telko tersebut untuk dua tahun berturut-turut tau! Tahniah Yes 5G!

Bukan setakat internet paling pantas, Yes 5G juga ada banyak pelan menarik dan tawaran hebat nak bagi kepada anda yang jauh lebih berbaloi berbanding talian telko lain. Kalau nak tahu, jom kami kongsikan!

Installment Paling Rendah Untuk Rangkaian Terkini iPhone, Macam Ni Barulah Best Nikmati Kelajuan 5G!

Sekarang ni kan kita dah kearah rangkaian 5G, mesti ramai nak bertukar kepada peranti baru yang menyokong kelajuan terkini betul tak? Alang-alang tu, apa kata beli je iPhone 15, baru lah best!

Chop, chop, chop, benda pertama yang anda fikir mesti harga telefon tersebut kan? Haa, jangan risau, dengan Yes 5G anda boleh dapatkan iPhone 15 terkini pada ansuran paling rendah berbanding talian telekomunikasi lain tau. Seriuslah?!

Yes 5G

Ya kami serius! Bukan itu saja, ansuran ini bukan sahaja terpakai untuk ahli Yes 5G sedia ada, malah untuk anda yang baru saja nak menggunakan talian Yes 5G pun boleh beli. Bestnya!

Kalau dibandingkan dengan talian telko lain, mereka hanya menawarkan ansuran ini kepada ahli yang sedia ada saja dan tiada pendahuluan untuk mereka.

Manakala, kalau dengan Yes 5G, mereka menawarkan sifar bayaran pendahuluan kepada pelanggan baru dan yang sedia ada tau. Jadi, anda yang baru nak guna Yes 5G ni pun boleh dapatkan iPhone terkini!

Paling penting, jika dibandingkan dengan talian telko lain, Yes 5G menawarkan ansuran PALING RENDAH dengan penjimatan lebih daripada RM1,000 berbanding talian lain! Fuhh, dah lah sifar pendahuluan, ansuran rendah pula tu!

Dengan adanya telefon baru ni, barulah seronok untuk menggunakan rangkaian internet secara maksimum tanpa perlu risau tentang tersekat atau ketinggalan!

Seronoknya Dapat iPhone Terkini Tanpa Bayaran Pendahuluan & Deposit!

Antara sebab kenapa sesetengah orang tak nak beli peranti baru menerusi rangkaian telko adalah disebabkan pendahuluan dan deposit yang perlu dibayar. 

Tapi, macam yang kami ceritakan tadi, dengan Yes 5G anda tak perlu risau pun tentang semua ini sebab mereka menawarkan pelan terbaik untuk semua orang, tanpa sebarang bayaran pendahuluan dan deposit diperlukan. Bestkan?

Melalui pelan yang disediakan oleh Yes 5G ni, anda boleh menikmati penggunaan telefon baru dengan pengalaman paling pantas yang pernah anda alami.

Rangkaian Mudah Alih Paling Pantas Di Malaysia, Yes 5G Tapau Pasaran Telko

Yes 5G

Pada awal bulan November 2023, Ookla telah memberi anugerah Speed Test Awards kepada Yes 5G kerana talian ini telah diiktiraf sebagai Rangkaian Mudah Alih Paling Pantas di Malaysia tau! Sekali lagi, tahniah Yes 5G!

Yes 5G

Nak tahu apa yang lagi best? Dengan Yes 5G, anda dapat menikmati internet paling pantas, dalam masa yang sama jimat lebih banyak berbanding talian telko lain sebab Yes 5G tidak mengenakan sebarang caj tambahan atau penggalak tambahan untuk penggunaan 5G. Pergh, padu!

Yes 5G

Sebagai contoh, kalau anda pengguna talian telko selain Yes 5G, mesti anda perlu bayar lebih untuk nikmati internet 5G pantas betul tak? 

Ada juga talian telko yang hanya menawarkan internet pantas hanya pada hujung minggu saja… Jadi, bagaimana pula dengan hari minggu kan? 

Yes 5G

Sebab itulah anda perlu bertukar kepada Yes 5G sebab anda boleh nikmati kepantasan internet 5G pada bila-bila masa tanpa sebarang caj tambahan! Psst, anda boleh cuba sendiri secara PERCUMA menerusi Network Test Drive dengan eSIM tau!

Untuk pengetahuan, Network Test Drive (NTD) adalah pemacu ujian rangkaian Yes 5G yang memberi anda peluang untuk mengalami data dan kelajuan Yes 5G tanpa had secara PERCUMA tanpa sebarang komitmen. 

Menerusi NTD ini, anda boleh tengok sendiri kehebatan prestasi rangkaian Yes 5G terhadap syarikat telekomunikasi semasa supaya anda boleh beralih kepada Yes 5G dengan yakin.

Apa yang best dengan NTD ini adalah anda boleh menikmati pengalaman internet terpantas di Malaysia, data 5G tanpa had secara percuma selama 30 hari serta anda boleh rasai pengalaman Yes 5G dalam masa yang sama mengekalkan talian semasa menerusi eSIM. 

Nak cuba? Senang saja caranya, apa yang anda perlu buat adalah ikut langkah di bawah:

Langkah 1: Daftar dan isikan butiran anda di SINI

Langkah 2: Anda akan menerima kod bar eSIM dalam e-mel anda

Langkah 3: Muat turun aplikasi MyYes untuk pengaktifan

Langkah 4: Klik pada ‘Activate SIM’ dan imbas kod bar

Langkah 5: Setelah pengaktifan berjaya, anda akan dilog masuk secara automatik ke aplikasi. Klik ‘Install’ untuk mengaktifkan eSIM anda

Senang saja kan? Jadi, tunggu apa lagi, jom cuba sekarang dan rasai sendiri pengalaman yang lebih menguja dengan Yes 5G!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Yes 5G atau ikuti media sosial di Facebook, Instagram dan X untuk ketahui lebih banyak promosi menarik!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...