Pelakon jelita, Nora Danish baru-baru ini memuat naik satu hantaran video di laman Instagram miliknya memperlihatkan dirinya memakai ‘bodysuit’.
Dalam video berkenaan, dapat dilihat Nora menggayakan baju berwarna putih lengan panjang yang mempunyai potongan pada bahagian kiri dan kanan pinggang.
Posting tersebut mendapat perhatian netizen yang mendakwa Nora seakan-akan sengaja memperlihatkan bentuk badannya yang kini semakin kurus.
“Yer, kami tahu Kak Nora sayang kurus langsing lagi cantik menawan” ujar seorang netizen.
Dalam pada itu, ada juga warganet yang mendoakan agar pelakon filem Polis Evo itu menutup aurat apabila tiba masanya.
She’s beautiful.. I hope one day Allah will open up her heart to wear hijab.. Aamiinn…
Sementara itu, ramai dalam kalangan netizen yang memuji kecantikan aktres berikut di ruangan komen.
Sekadar info, Nora Danish sebelum ini dituduh oleh netizen bahawa telah menyunting gambar sendiri supaya kelihatan lebih langsing.