“Yela Lepas Tu Makan Pasir” – Nak Elak Benda Tak Elok, Netizen Kritik Pelajar Umur 16 & 17 Tahun Kahwin

Hiburan

“Yela Lepas Tu Makan Pasir” – Nak Elak Benda Tak Elok, Netizen Kritik Pelajar Umur 16 & 17 Tahun Kahwin

Memang betul, jodoh itu rahsia Allah dan ia datang tidak kira usia. Namun, perkahwinan pada waktu seseorang itu masih ‘mentah’ atau sangat muda seringkali menjadi perhatian ramai.

Seperti pasangan pelajar yang ini yang mendapat kritikan selepas membuat keputusan untuk berkahwin pada usia remaja.

Advertisement

Menerusi sebuah video dimuat naik oleh saudara pengantin perempuan, pasangan itu dikatakan memilih untuk menghalalkan hubungan bagi mengelak daripada melakukan perkara yang tidak elok.

Pengantin lelaki itu dikhabarkan baru berusia 17 tahun dan isterinya pula berumur 16 tahun.

Bagaimanapun, sesetengah netizen yang menonton video itu memberikan pendapat masing-masing yang tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan.

Pelbagai topik ditimbulkan seperti kehidupan pasangan itu selepas bergelar suami isteri terutamanya dari segi perbelanjaan.

Ada juga yang membangkitkan isu di mana pernikahan ketika masih di bangku sekolah atau masih muda seolah-olah menjadi satu ‘trend’ yang diikuti ramai.

Segelintir turut sempat menasihati supaya tidak terburu-buru dalam hal perkahwinan kerana rumah tangga bukanlah sesuatu perkara yang ‘simple’.

Namun, ramai yang mengucapkan tahniah serta mendoakan pasangan pengantin muda itu berbahagia dalam menjalani bahtera rumah tangga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

12 bulan lalu

Matang Pada Usia Muda, Tegar Mengaku Kahwin Awal Sebab Mahu Elak Daripada Zina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

14 Comments

  1. Anonymous

    February 21, 2022 at 12:13 am

    Melayu yg kaya berapa org je kt Malaysia ni, yang paling ramai cuma Melayu cukup makan. Bukan nak bitter, hakikatnya zaman skrg ni, awal kahwin awal jgk cerai. Faktor utama cerai masalah kewangan. So terfikir jgk..adakalanya betul jgk, budak 17 thn klu x fikir nak bcinta, mesti fokus nak blajar, nak bg mak ayah hidup selesa. Satu lg, geram aku tgok pasangan muda bawa anak baru lahir pergi check up, masa anak nangis yg bini gigih nak diamkan yg lak sibuk main hp. Yg parah lg, ada pasangan letak dlm baby court yg dsediakan, lpas tu dua² duduk sambil main hp. Ingat sikit anak ni bukan utk diternak tp nak dididik, klu mcm tu dh perangai, agak² generasi akn dtg jd apa?. Kritis plak aku bfikir, korang baca panjang² jgn marah.. org skrg kan malas membaca, membaca pn sebab nak kecam. Kalau kaki lecam lg dahsyat, baca tajuk je dh cukup.

  2. gula gula

    February 20, 2022 at 8:17 am

    mcm taik je lps kawen tak buat apa2. alang kan couple pun dh berani pegang tgn. tu la bila sekolah dh tak penting, kerja dlu belajar beli brg dapur, byr bill air api,bayar sewa rumah, byr installment moto. ni lps kawen menyemak bwk bini/laki melepek kt rumah mak bapak. esok tetiba sebulan dua dh mengandung. diri sendiri tak lps nk bela lg nk bela anak bini. SEKOLAH DLU, yg ada SPM pun susah cari mkn last nk kaya cepat join FOREX or jual produk timbang kilo.

  3. Anonymous

    February 20, 2022 at 8:13 am

    Knp pelik? X pelik pun. Ak kawin lps spm dgn junior f4. Ha3. Lps dpt result alhmdllh dpt scholar terus ke UK. Wife still stay ngan parents die n teruskn sekolah smpy hbs spm. Alhmdllh die dpt smbg cairo n bile masing2 dh hbs study, blk mlaysie kerje n stay same2. Alhmdulillah skrg dikurniekn 3 chaye mate. Doa kami bhagie n kekal ke syurge.

    • nana

      February 20, 2022 at 8:27 am

      nk tahu gk, ada rasa bersalah & malu tak lps kawen mak bapak still tanggung bini? tak rasa malu ke kita masih mengharap duit mak ayah? so kahwin untuk apa ye kalau tak function langsung sebagai suami/isteri?

    • Anonymous

      February 20, 2022 at 1:43 pm

      Knp nak malu? Yg blum kawin pun mmg mak ayah tanggung jugak kan time d u. Tak rase malu ke duk d u mak ayah tanggung. Lg pun kami dapat scholar, isteri pun dapat scholar mara. So x de isu pun kami mengharap duit parents. Duit scholar pun x habis nk gune. Time cuti balik mlaysia pernah 2 3x bg duit kat parents tp dierang insisted x nk ambik. So ak beli beg LV hadiah tuk parents n mertua. Parents & mertua pun 2x dtg uk time ak kat sane. Lg pun kedua2 family yg beria suruh kami kawin sblum g blajar jauh2 sbb parents dah berkenan dgn menantu die. Hehe. Jadi kami sebagai anak taatlah kehendak kedua ibu bapa kami. Skrg ni dh kerje kne la usehe balas balik budi dierang even smpy skrg dierang x nk amik duit. Mertue pun. Bg mereka, kerap balik jenguk mereka pun dah cukup. Alhmdllh 2019 sempat belanje mertue n parents g umrah 1st class. Sbb dierang dh tue. So ak takut dierang x larat nk jln jauh2. Yg ni dierang terime sbb dah beli siap2. Haha. Tp duit dierang x nak. Eh panjang pulak. Nk jawab soalan si nana je padahal.

    • nana

      February 20, 2022 at 2:07 pm

      kesimpulannya dr jwpn you kahwin muda ni pelik & tak normal. sorry sometimes i cant figure out why kids feel parent obligated to take care of your spouse or budak kahwin walaupun dia masih tak mampu jaga keluarga dia. so i guess married at young age only succed with parent support.

    • Ifa

      February 20, 2022 at 5:10 pm

      Amboi hang anonymous, huntong la hidop hang, blajar pandai, mak ayah supporting, rezki hang la. Tp tidak semue orang bernasib baik cam hang. Itu hang kena ingat. Jangan menyombong & jangan bangga sangat. Jangan terlalu yakin. Bersederhana. Apapun aku doa hang bahagia naaa.

      Amboi hang nana. Bitter nye hang. Kesimpulan dari cara hang comment aku syak hang ni mesti fail spm sbb fikiran hang kolot gilerrrrr. Dan cara hang tulis pun nampak sangat hang x laku & x ade orang nak couple dengan hang kan. Sebab tu hang jealous bila tengok orang kawin muda. Hang lupe rezki itu di tangan Tuhan. Jangan samakan mentality hang yang jakun tu dengan mentality orang lain. Jangan samakan rezeki hang dengan rezeki orang lain. Setiap benda ada baik buruk. Takdir orang pun berbeza & attitude orang pun x sama.

    • Rn

      February 20, 2022 at 10:13 pm

      Hang org kaya tak apa.still parents dapat support

  4. Anonymous

    February 20, 2022 at 8:04 am

    Satu perkare yg ramai masyarakat x faham bile kawin awal ni ialah, dierang just kawin je. X buat anak ape lag. Still duk rmh parents masing2 n focus spm. Habis spm masuk u masing2 n same je cam pelajar2 lain, parents still tanggung anak masing2 belajar smpy hbs u. Bile hbs u, kerje n baru stay same2 n baru buat anak. X de pelik pun.

  5. Anonymous

    February 19, 2022 at 8:26 pm

    haruslah mak bapak nye yg tangung kan…konon nk elak perkara xelok…bab menyusahkan parent xigt pulak ye…kalo betul nk elak xdenye time sekolah pikir nk pakwe makwe bagai

    • Anonymous

      February 19, 2022 at 8:44 pm

      Asl kaw yg panas? .. Doa yg baik2 sudah.. Ps:rezeki tue rahsia Allah..