“Yela Lepas Tu Makan Pasir” – Nak Elak Benda Tak Elok, Netizen Kritik Pelajar Umur 16 & 17 Tahun Kahwin

Hiburan

“Yela Lepas Tu Makan Pasir” – Nak Elak Benda Tak Elok, Netizen Kritik Pelajar Umur 16 & 17 Tahun Kahwin

Memang betul, jodoh itu rahsia Allah dan ia datang tidak kira usia. Namun, perkahwinan pada waktu seseorang itu masih ‘mentah’ atau sangat muda seringkali menjadi perhatian ramai.

Seperti pasangan pelajar yang ini yang mendapat kritikan selepas membuat keputusan untuk berkahwin pada usia remaja.

Advertisement

Menerusi sebuah video dimuat naik oleh saudara pengantin perempuan, pasangan itu dikatakan memilih untuk menghalalkan hubungan bagi mengelak daripada melakukan perkara yang tidak elok.

Pengantin lelaki itu dikhabarkan baru berusia 17 tahun dan isterinya pula berumur 16 tahun.

Bagaimanapun, sesetengah netizen yang menonton video itu memberikan pendapat masing-masing yang tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan.

Pelbagai topik ditimbulkan seperti kehidupan pasangan itu selepas bergelar suami isteri terutamanya dari segi perbelanjaan.

Ada juga yang membangkitkan isu di mana pernikahan ketika masih di bangku sekolah atau masih muda seolah-olah menjadi satu ‘trend’ yang diikuti ramai.

Segelintir turut sempat menasihati supaya tidak terburu-buru dalam hal perkahwinan kerana rumah tangga bukanlah sesuatu perkara yang ‘simple’.

Namun, ramai yang mengucapkan tahniah serta mendoakan pasangan pengantin muda itu berbahagia dalam menjalani bahtera rumah tangga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Matang Pada Usia Muda, Tegar Mengaku Kahwin Awal Sebab Mahu Elak Daripada Zina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...