Yeke Berkulit Pucat Tak Boleh Melawa? Bohong Jer Tu. Ikut Panduan Kecantikan Ini, Settle!

Trending

Yeke Berkulit Pucat Tak Boleh Melawa? Bohong Jer Tu. Ikut Panduan Kecantikan Ini, Settle!

blondes_women_snow_eyes_photography_fur_pale_faces_pale_skin_1920x1080_wallpaper_Wallpaper_1920x1080_www.wall321.com_Ramai sekarang ini yang berkejar-kejar untuk mendapatkan kulit yang cerah dan putih. Namun, kulit putih pucat bukanlah sesuatu yang menarik untuk dilihat. Nampak macam mayat hidup pulak nanti disebabkan kelihatan terlalu pucat.

Walaupun anda memiliki kulit putih pucat, tidak bermakna ia kelihatan cantik. Anda perlu tambahkan sedikit warna agar nampak lebih segar.

Advertisement

Jom ikuti tips mudah untuk mereka yang berkulit pucat untuk kelihatan ‘bernyawa’ dan segar.

ELAKKAN BEDAK JENIS DEBU

Bedak jenis debu akan membuatkan kulit wajah anda kelihatan berbelak dan tidak sekata. Malah ia akan menyebabkan warna tona leher anda akan kelihatan berbeza daripada warna kulit wajah. Sebaiknya gunakan krim pelembap yang tidak bewarna agar kulit warna asal tidak berubah.

GUNAKAN PRODUK YANG MEMPUNYAI SPF

Penting untuk anda tahu, bahawa golongan yang memiliki kulit seperti ini mudah terkena penyakit kulit jika sering terdedah di bawah terik matahari. Ini kerana kulit mereka lebih nipis berbanding orang lain. Oleh itu anda perlu sentiasa memakai krim yang mempunyai SPF untuk melindungi kulit anda dari sinar UV yang merbahaya.

GINCU WARNA PINK ATAU OREN SESUAI UNTUK ANDA!

Untuk mendapatkan wajah yang segar, apa kata tambahkan sedikit gincu bibir dengan yang menarik seperti merah jambu atau warna oren sederhana untuk memberi bayangan warna darah mengalir di kawasan bibir. Selain itu, beranikan diri memakai gincu terang okay! Lihat sahaja bintang Hollywood Anne Hathaway yang bijak bermain dengan warna gincu bibir.

EYE SHADOW WARNA TANAH

Oleh kerana kulit anda terlalu putih, warna hitam pasti akan menonjol di bahagian mata. Hati-hati ia akan nampak pelik jika warna hitam yang anda pakai itu terlalu pekat. Silap-silap ada yang kata mata anda lebam di tumbuk. Sebaiknya, gantikan warna hitam dengan warna coklat tanah. Warna ini pasti akan menonjolkan kecantikan semulajadi mata anda.

FOKUS DI BAHAGIAN MATA

Ini tips penting. Gunakan eyeliner dan maskara yang tebal untuk menonjolkan bahagian mata yang seksi. Untuk menarik, kanta lekap bewarna juga mampu memberikan kecantikan pada mata anda. Lebih-lebih lagi jika kanta lekap tersebut berwarna kelabu atau kebiruan. Wah, anda seperti gadis berdarah kacukan!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...