“Ye, Saya Dah Berkahwin” – Adik Ayda Jebat Akhirnya Mengaku Dah Bernikah Dengan Zainal Abidin

Hiburan

“Ye, Saya Dah Berkahwin” – Adik Ayda Jebat Akhirnya Mengaku Dah Bernikah Dengan Zainal Abidin

Terdahulu, timbul spekulasi mengenai adik kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat yang didakwa sudah bernikah dengan seorang bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Tampil menjelaskan mengenai spekulasi tersebut, Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz binti Jebat akhirnya mengakui dia sudah bergelar isteri kepada jurulatih berusia 61 tahun itu.

Advertisement

Bagaimanapun, penyanyi berusia 29 tahun itu enggan mendedahkan mengenai butiran perkahwinan mereka dan meminta orang ramai untuk mendoakan kebahagiaannya.

Ya, saya dah berkahwin. Alhamdulillah. Jadi terima kasih banyak-banyak kepada semua yang telah memberi komen baik. Harap doakan kami dan keluarga kami.

zainal

Dalam pada itu, Fyna memaklumkan suaminya turut memberi sokongan penuh terhadap penyertaannya di dalam program Famili Duo.

Maaf, saya tak boleh cerita banyak sangat. Buat masa sekarang itu sahaja yang boleh saya kongsi. Dia menyokong penuh saya, sebab itu saya menang minggu ini.

Bukan itu sahaja, kakaknya Ayda turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan perkahwinan adiknya.

Rasanya tak ada apa yang perlu diceritakan lagi. Saya bangga adik saya dapat dedahkan perkara ini kepada semua orang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fyna jebat dan zainal abidin
2 years ago

Zainal Abidin Hassan Didakwa Sudah Nikah Dengan Adik Ayda Jebat?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...