“Ye Betul Saya Dah Sendu..” – Achey Tak Tahan Sebak Dituduh Makan Duit Hasil Bisnes Anak

Hiburan

“Ye Betul Saya Dah Sendu..” – Achey Tak Tahan Sebak Dituduh Makan Duit Hasil Bisnes Anak

Pelawak dan pelakon, Achey tidak dapat menahan sebak apabila dituduh sebagai selebriti sudah ‘sendu’ serta didakwa mengambil kesempatan terhadap anaknya, Nur Tiara, menerusi jualan produk Tiara Candy.

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama sebenar Mohd Nasir Hamzah itu dilihat menitiskan air mata selepas membaca komen seorang individu yang mendakwa dirinya tidak lagi relevan.

Advertisement

‘Sebab awak dah sendu kan?’ Ya, betul memang tengah sendu. Jangan buat akaun palsu semata-mata nak beri komen yang tidak baik kepada saya.

Saya tiada masalah kalau kalian nak kecam saya tetapi kalau kecam anak dan isteri saya tu, saya pun terasa.

Nafi Paksa Anak Berniaga

Menurut Achey, dia tidak pernah memaksa anaknya untuk berniaga, sebaliknya hanya menggunakan nama Tiara sebagai jenama produk.

Saya paling tidak tahan kalau orang kecam anak saya. Anak saya tidak tahu apa-apa. Sampai sekarang orang cakap saya makan duit anak saya.

Kalau kalian cakap saya tumpang rezeki anak saya, memang betul saya tumpang rezeki dia.

Selepas Tiara Candy meletop, kalian ada nampak ke saya suruh dia berniaga lagi? Tiada kan? Saya juga yang meniaga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

olla ramlan
2025-09-24 10:45:25

'Kantoi' Berjoget Di Kelab Malam, Pelakon Wanita Beri Penjelasan - "Saya Hanya Cari Rezeki, Sara Diri Dan Anak-Anak"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...