YDPA Sanggup Turun Dari Singgahsana Melihat Penerima Darjah Kebesaran Dalam Keadaan Bertongkat

Trending

YDPA Sanggup Turun Dari Singgahsana Melihat Penerima Darjah Kebesaran Dalam Keadaan Bertongkat

Gelagat Yang-Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sering mendapat perhatian daripada rakyat. Bukan sahaja kerana peribadi Tuanku yang dekat pada jiwa rakyat tetapi juga rasa hormat rakyat yang tinggi pada Tuanku.

Sekali lagi tingkah laku Tuanku ketika Istiadat Menghadap Dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong semalam mencuri perhatian rakyat.

Advertisement

Ketika istiadat berlangsung, salah seorang penerima Darjah Kebesaran iaitu YBhg. Datuk Dr. Abd Latif bin Mohmod kelihatan bertongkat. Sudah tentunya beliau mengalami kesukaran untuk menaiki tangga untuk menghadap Tuanku.

Menyedari keadaan itu, Tuanku bertindak berjalan turun untuk menyampaikan sendiri darjah kebesaran.

istiadat di istana
istiadat darjah kebesaran di istana
Tuanku juga sempat memberikan isyarat dari gerak tangannya meminta penerima darjah kebesaran itu untuk tidak bergerak sebaliknya Tuanku sendiri yang datang kepadanya. Selepas penyampaian tersebut, Tuanku kembali semula ke posisi asal untuk meneruskan istiadat penganugerahan itu.

“Memang mcm tu sejak turun temurun. Keturunan sultan Pahang memang sopan santun, berbudi bahasa dan rendah diri. Bangga jadi rakyat negeri Pahang.”

screenshot twitter
screenshot twitter
Daulat Tuanku!

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...