YDP Dan Naib YDP Muafakat MRSM Sungai Besar Saman Rita Rudaini

Hiburan

YDP Dan Naib YDP Muafakat MRSM Sungai Besar Saman Rita Rudaini

Dilempar dengan fitnah tidak berasas sejak beberapa bulan lalu, seorang tokoh akademik yang juga Yang Dipertua MUAFAKAT Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, serta timbalannya, nekad memfailkan saman terhadap pelakon Rita Rudaini selepas notis tuntutan RM1 juta sebelum ini tidak dipatuhi.

Mohd Roslan Mohd Nor selaku plaintif pertama dan Saidah Haris @ Harith selaku plaintif kedua memfailkan saman berkenaan melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates, diwakili Datuk Adnan Seman, pada 6 Disember lalu.

Advertisement

rita rudaini

Menurut Adnan, saman tersebut difailkan selepas Rita didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah melalui Instagram, WhatsApp dan platform lain.

Antara label fitnah yang dipersoalkan termasuk dakwaan plaintif-plaintif sebagai bongkak, narsisis, tidak professional, ‘prof kangkung’, gila jawatan, penipu, tidak layak memegang jawatan MUAFAKAT serta tuduhan salah urus wang ibu bapa.

Kata Adnan lagi, kenyataan tersebut turut mengakibatkan penerbitan artikel sebuah akhbar tempatan yang memetik pelbagai dakwaan mengenai kepincangan MUAFAKAT MRSM yang diterajui kedua-dua plaintif.

Menurut peguam, kedua-dua plaintif menuduh defendan bertindak secara melulu tanpa semakan fakta, selain mendakwa terdapat unsur niat jahat, memandangkan Rita memiliki jumlah pengikut yang sangat ramai dan mampu memberi impak besar kepada reputasi mereka.

Justeru plaintif menuntut perintah injunksi, memadam kenyataan fitnah, permohonan maaf secara video selama tiga bulan serta ganti rugi am, teruk, pengajaran, faedah 5% setahun dan kos tindakan.

Adnan memaklumkan kes ini dibawa ke mahkamah selepas Rita gagal memenuhi tuntutan sebelum ini termasuk seperti dinyatakan dalam notis tuntutan bertarikh 15 Oktober.

Untuk rekod, kedua-dua plaintif adalah tokoh pendidikan yang mempunyai reputasi kukuh serta anak yang sedang menuntut di MRSM berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bella astillah
2025-12-08 14:47:40

"Formal Sangat Nak Panggil YB.." - Bella Astillah 'Wish' Hari Lahir, Respon Syed Saddiq Jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...