YDP Agong Minta Semua Ahli Parlimen Namakan Seorang Calon PM

Trending

YDP Agong Minta Semua Ahli Parlimen Namakan Seorang Calon PM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah meminta semua Ahli Parlimen untuk mengemukakan satu surat akuan berkenaan calon Perdana Menteri dengan pilihan masing-masing.

5 bulan lalu

Anwar Ibrahim Ucap Terima Kasih, Keputusan TSYM Ini Akan Beri Ruang Perubahan Buat Negara

Menerusi laporan Kosmo Online, satu notis daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memberitahu bahawa surat akuan tersebut perlu mempunyai beberapa butiran didalamnya dan tidak mempunyai format tertentu.

Advertisement

Jelasya lagi, antara butiran yang perlu ada ialah identifikasi Ahli Parlimen yang secukupnya, identifikasi yang secukupnya seorang sahaja Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh Ahli Parlimen tersebut serta penyataan kepercayaan yang jelas, terang dan tanpa syarat.

“Surat akuan yang berhormat hendaklah diserahkan kepada pihak Istana Negara selewat-lewatnya Rabu, 18 Ogos 2021 sebelum pukul 4 petang untuk perhatian Kolonel Datuk Nazim Mohd. Alim, Setiausaha Sulit Kanan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.”

Perdana Menteri
Semalam, Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa dia dan ahli Jemaah Menteri lain telah menyerahkan warkah jawatan sebagai Perdana Menteri dan Seluruh Jemaah Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...