Baru-baru ini, suasana di platform Threads menjadi hangat apabila seorang warganet menegur Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman secara terbuka.
Teguran tersebut dibuat selepas individu berkenaan memuat naik keratan akhbar mengenai usaha Syed Saddiq yang dikatakan sanggup bekerja separuh masa bagi mendapatkan dana untuk membantu penduduk di kawasan Muar.

Menerusi hantaran tersebut, warganet berkenaan menulis dengan nada sinis.
“Bro, jangan jual nama penduduk Muar ler bro. Pengundi Muar tahu ko sibuk berendut. Lupa tugas MP Muar.”
Bagaimanapun, jawapan balas daripada Syed Saddiq membuatkan ramai terkejut apabila beliau memilih untuk membalas dengan nada tenang namun penuh makna.

“‘Sibuk berendut’? Dapat la juga RM6 juta untuk Muar sambil rekodkan kehadiran 100% Parlimen.”
Perkara itu sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial, dengan sebahagian netizen tampil mempertahankan usaha ahli Parlimen berkenaan.
Menurut Syed Saddiq, usahasama beliau bersama jenama fesyen tempatan, Primavalet (PV) sebagai duta jenama pakaian telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM6 juta untuk disalurkan kepada penduduk Muar.
Jelas beliau, hasil kerjasama tersebut membolehkan sebanyak 50,000 pasang baju kurung dan telekung diagihkan kepada penduduk selain 10,000 unit bank makanan yang setiap satunya bernilai RM250.
“Kerajaan mana yang mahu beri wang sebanyak itu? Melalui usahasama tersebut, sebanyak 50,000 pasang baju kurung dan telekung serta 10,000 unit bank makanan yang setiap satunya bernilai RM250, berjaya diagihkan.”
“Saya diperlekeh, saya tidak kisah pun dan menerimanya dengan niat yang baik asalkan saya boleh terus buat kerja sambilan untuk penduduk kawasan saya. Baru minggu lalu, saya turun ke Muar untuk mengagihkan 100 buah iPad berkualiti,” ujar beliau kepada wakil media di Istana Kehakiman hari ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

