YB Syed Saddiq Menjemput Rider Food Panda Berdialog Bersamanya Malam Ini

Trending

YB Syed Saddiq Menjemput Rider Food Panda Berdialog Bersamanya Malam Ini

Pekerja syarikat penghantaran makanan dalam talian, Foodpanda melancarkan mogok baru-baru ini berikutan skim pembayaran terbaru yang diperkenalkan. Menerusi laman sosial miliknya, YB Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan mempelawa penghantar Foodpanda untuk berdialog bersamanya susulan isu yang timbul baru-baru ini.

Untuk pengetahuan anda, skim pembayaran terbaharu diperkenalkan Foodpanda telah mendatangkan kemarahan dan rasa tidak puas hati penghantar syarikat penghantaran makanan dalam talian itu.

Advertisement

Buat masa ini, penghantar Foodpanda dibayar RM4 sejam dan mendapat bayaran tambahan bagi setiap pesanan. Selain itu, bayaran pesanan adalah di antara RM3 hingga RM5 berdasarkan prestasi penghantar.

Skim pembayaran baru yang diperkenalkan Foodpanda kini menghapuskan bayaran setiap jam dengan meningkatkan bayaran setiap pesanan antara RM4.50 hingga RM7.

Penghantar makanan juga diberikan insentif dengan bonus RM100 selepas menyelesaikan 60 jam bekerja seminggu. Mereka juga akan menerima tambahan RM1 bagi setiap pesanan antara pukul 11 malam hingga 9 pagi setiap hari.

Pada pagi tadi juga, beliau telah berjumpa dengan pengurusan tertinggi Foodpanda untuk membincangkan isu ini. Manakala, sesi berdialog bersama penghantar Foodpanda akan dilakukan pada malam ini.

Sejak pemberitahuan tentang skim terbaru ini, kebanyakan penghantar Foodpanda melancarkan mogok sebagai tanda membantah skim tersebut.


Berdasarkan pertemuan pagi tadi, YB Syed Saddiq juga memaklumkan sesi dialog malam ini turut menjemput wakil pengurusan FoodPanda untuk ikut berdialog.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...