Isu lopak di jalan raya pastinya bukan sesuatu yang asing lagi buat pengguna jalan. Malah, isu ini telahpun berlanjutan tahun demi tahun sehinggakan ramai aktivis yang menurap jalan raya dengan duit poket mereka sendiri.
Hari ini, Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin menerusi sebuah tweet telah memuatnaik gambar beliau yang cedera di bahagian muka akibat terjatuh sewaktu berbasikal di Kuala Langat.
Kalau Rakyat Biasa, Buat Report Pun Tak Layan – Netizen
Itulah antara keluhan dan komen yang diberikan setelah JKR Kuala Langat membalas tweet YB Khairy.
Seorang aktivis yang cukup terkenal dengan isu lopak jalan, Lando Sani Zawawi telah bertahun memperjuangkan hak pengguna jalanraya berkenaan isu ini. Namun beliau belum lagi membuat sebarang ulasan berkenaan insiden yang berlaku padai YB Menteri
Mungkin selepas ini, pihak-pihak seperti JKR dan juga majlis perbandaran akan lebih peka mengenai isu yang telahpun meragut ramai nyawa pengguna jalanraya, terutamanya penunggan motosikal. Tidak dilupakan juga, pengguna kereta yang telah mengalam keroskan teruk pada bahagian rim dan tayar akibat lopak jalan raya.